Thursday, 27 October 2016

Rahmah

Lama dah tak menulis. Rasa kaku.

Entahlah, setiap kali bila aku rasa Allah bagi aku peluang untuk perbaiki diri, aku rasa disayangi sangat. Dengan dosa yang menggunung serta perangai liat dan pemalas nak berusaha jadi baik ni, Dia tetap bagi aku peluang untuk kembali ke jalan yang sepatutnya. Banyak sangat waktunya aku sengaja menjadi budak nakal dan pilih untuk memalingkan arah dariNya. Untuk apa? Motif? Alibi? Takde. Kalau aku nak bagi sebab buat dosa ni satu je, short-sighted. Dia nak rasa keseronokan yang sementara tanpa fikir nikmat abadi yang kekal selamanya kelak nanti. Manusia. Huh. Konon beriman pada hari Kiamat tapi mungkin tahu dan percaya tapi tak berapa yakin pun. Keyakinan kita yang jitu itu sepatutnya akan membuatkan kita sentiasa bersedia untuk segala persiapan menuju hari Pembalasan kelak. Huh. Itulah aku.


Teringat berjumpa dengan seorang insan yang merubah cara pandangan hidup aku. Dah hampir 3 bulan berlalu. Seorang lelaki, muda 3 tahun. Mula berjumpa tahun lepas semasa tolong student collect data kat Masjid di Kajang. Jumpa lagi pada tahun ini selama sebulan penuh untuk bersama-sama rakan lain buat kerja collect data di Kelantan.

What makes he was so special?

Dalam keadaan dunia aku sehitam-hitamnya yang aku cuba sorok dan simpan sebaiknya. Dunia yang membuatkan aku putus asa untuk berusaha. Hanya sebab masih terus bernafas, aku hanya mahu terus menjalani sisa hidup yang ala kadar. Asal hidup. Gitu-gitu je.

Masa ada beberapa tempoh kenal dengan dia, taktahu apa perasaan yang menggelikan bila nampak dia. Barangkali aku sudah dilamun cinta, bisik aku pada waktu itu. Tapi dalam pada masa yang sama, bermula kembali fasa aku terasa ingin berlari ke arah Tuhan sesungguh-sungguhnya. Apa kaitannya?

Dia manusia sempurna di mata aku, dengan didikan mak ayah, yang punya ilmu agama yang baik, yang langsung tidak berlagak dan merasai diri hebat, yang memahami bahasa badan yang kini manusia pura-pura tak faham, yang menghormati orang tua, yang akan kehadapan apabila nampak orang susah, yang sentiasa berusaha menggembirakan orang lain, yang sentiasa senyum dan berusaha, yang rajin berjemaah tak kira waktu, yang menepati janji dan yang akhirnya membuatkan jiwa keperempuanan jatuh sejatuhnya. Aku kira aku telah menjadi buta hanya kerana perkenalan singkat tapi padat ini membuatkan aku jatuh kagum padanya. Cinta? Belum sampai ke tahap itu. Kekaguman aku padanya membuatkan aku kembali merenungi diri aku. Aneh, tidak sedikit dia cuba merubah aku tapi telah berjaya merubah pandangan hidup aku  pada ketika itu.

Tahajud, menangis dan doa penuh harap telah lama aku tinggalkan. Hati aku lama sudah mati. Cuma belum dikebumikan. Aneh, tanah yang kering itu akhirnya mampu hidup setelah Tuhan siramkan dengan air hujan. Begitulah hati aku ketika itu. Tempoh itu telah aku gunakan untuk merenungi dan  membuat perbandingan antara aku dengan dia. Jauh. Jauh sekali. Tak sama padan. Tapi aku senyum sendiri, kalau dia boleh jadi baik kenapa aku takboleh?

MUSTAHIL.

Mustahil aku boleh jadi baik macam dia. Mustahil dia akan pandang aku. Tapi saat mustahil itulah munculnya pengharapan. Sebagaimana mustahilnya Nabi Zakaria merasakan isterinya akan mengandung pada tika umurnya yang sudah lanjut. Sehingga telah habis mustahil, umur isterinya mencapai tamat haid waktu itu Allah kata Kunfayakun, Allah kurniakan Nabi Yahya. Aneh sangat perasan itu. Lama sudah jiwa aku mati dan akhirnya kembali hidup. Jujur, aku rindu perasaan itu! Saat kau rasa paling akrab dengan Tuhan seolahnya setiap masa dan detik kau berkomunikasi secara berdepan tanpa hijab. Itulah nikmat yang pernah aku rasakan. Saat aku sedih kerana merasai hinanya diri, aku terasa terpujuk saat aku berdoa dengan penuh pengharapan dalam keyakinan Tuhan akan menjaga urusan ini sebaiknya. Dan waktu itu benar ayat-ayat suci al-Quran yang sekian lama aku sengaja tinggalkan itu akhinya menjadi penenang diri kala itu.

Dia hanya asbab tapi yang menyusun semuanya ini adalah Allah jua. Kerana itu aku merasakan turunnya rahmah dan aku mampu merasainya. Malam yang pekat dan gelap itu akhirnya dihapuskan dengan cahaya matahari subuh yang memecah. Seolahnya ianya memberi satu pengharapan baru.

"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya."
Dan kerana itu aku merasai kehadiran dirinya adalah seumpama rahmah. Tuhan izinkan dia singgah dalam hidup aku hanya sekejap waktu walaupun aku berdoa dan berharap dia dapat terus kekal dalam hidup aku tapi Allah lebih tahu hikmah sedang aku masih mencari sebabnya. Apapun, aku tetap bersyukur dipertemukan dan diberi kesempatan untuk merasa tempoh waktu yang paling bermakna dalam hidup aku.



Dah 3 bulan kan, kehidupan kembali asal. Baru sedar, pertemuan dengan dia seolahnya sebuah mimpi yang menggugah jiwa. Yang memberi semangat menghadapi dunia realiti. Yang memberi kekuatan untuk aku melawan segala anasir-anasir jahat dan terus berusaha untuk terus menjadi hamba Allah yang dicintaiNya. Dalam masa 3 bulan ini, aku masih tetap diuji dan masih dikalahkan. Tetapi ada suatu bisikan yang membuatkan aku yakin, episod duka ini sudah hampir ke penghujungnya. Aku bakal temui cahayaNya dan akhirnya mengembalikan aku menjadi seorang mujahidah yang menyeru manusia kembali kepada hakNya.

Aku yakin sepenuhnya pada susunan cerita yang Allah tetapkan. Ingatkan aku, betapa bertuahnya aku merasai rahmah ini. Moga aku tidak lupa dan terus berusaha menjadi lebih baik.



Tuesday, 16 February 2016

Hilang Keikhlasan?

Saya sedang scroll Facebook dan terlihat satu post oleh seorang graduan diet dari salah satu universiti di Malaysia. Beliau memberi sedikit nasihat-nasihat mengenai pemakanan dan cara senaman dan yang lebih utama, beliau menyediakan konsultansi diet untuk kurus dengan cara yang sepatutnya. Dalam page beliau, banyak testimoni klien beliau yang bergembira dengan hasil penurunan berat dalam masa beberapa minggu berdasarkan nasihat yang beliau telah berikan.


Sumber: Google

Lantas saya teringat perbualan rakan-rakan course semasa di universiti, mereka sedang berbincang untuk melakukan satu business menyediakan makanan sihat kepada sekolah. Saya memuji idea sebegini namun ada sedikit perasaan bersalahnya saya dengan ilmu yang tidaklah terlalu banyak tapi seolahnya dibayar dengan terlebih pula. Terus saya cadangkan kepada mereka, sebelum mereka nak memulakan business, apa kata mereka mulakan dahulu mengadakan satu page Facebook atau blog mengenai cara pemakanan sihat dan gaya hidup yang seimbang.


Mendapat Peluang Berceramah

Alhamdulillah, saya telah diberi 3 peluang untuk menyampaikan ceramah mengenai diet pemakanan yang sihat. Memang pada awalnya saya dijemput untuk ceramah yang pertama itu hanyalah untuk menggantikan dietitian yang tidak dapat hadir pada jemputan tersebut. Jangan tanya, merepek je saya bagi ceramah. Laju, penuh jargon, dan saya nampak memang tiada yang mendengar ceramah yang saya sampaikan. Mana tidak, saya kelihatan seperti pelajar sekolah menengah! Bukan setakat itu, ketika sedang menyampaikan ceramah tersebut, tiba-tiba saya dicelah oleh pengerusi majlis yang menjemput hadirin pada waktu itu untuk menjamah makan sambil mendengar ceramah. Haru! Tatkala semua bangun untuk ambil makanan, memang saya menjadi kecil di hadapan. Hanya kelihatan beberapa sahaja yang masih khusyuk mendengar ceramah saya. Haih, keluh diri saya. Gagal nampaknya pengalaman pertama saya ini.

Ceramah kedua dan ketiga adalah proses saya belajar untuk menyampaikan point-point penting secara efesien. Secara jujur, saya bersyukur diberi peluang ini untuk meningkatkan skill bercakap. Tetapi apa yang lebih penting adalah mesej yang saya nak sampaikan itu tertanam dalam fikiran peserta. Pada waktu ketua komanden kem tersebut mengatakan jika diikutkan jawatan penceramah dari luar, saya dibayar RM250/sejam. Kalau darab dengan tiga jam, memang hampir RM800 sekali saya dapat bayaran hasil dari ceramah yang telah disampaikan. Tetapi bila difikirkan, paling penting bukan berapa saya dapat tetapi adakah mesej yang saya sampaikan itu benar-benar difahami.


Ikhlas?

Saya tak layak nak menghukum sesiapa untuk meletakkan bayaran atas sesuatu yang saya fikir sepatutnya diberi percuma. Mungkin atas desakan kehidupan yang begitu gawat, yang menjadikan masing-masing berfikir, "How to make profit" more than "How to help others". Kelihatan ramai orang mengejar membuat perniagaan. Tak kiralah perniagaan menjual dadih, tudung, buku, jubah dan sebagainya. Tetapi saya rasa yang sepatutnya difikirkan untuk sebelum membuat perniagaan itu adalah, bagaimana untuk menyumbang pada masyarakat. Nampak seperti sama tetapi niat sebelum dan selepas itu memberi makna kepada perjalanan kita selepas itu.

Teringat pula saya dengan forum yang dianjurkan oleh pensyarah kami mengenai hala tuju seorang graduan dietetik selepas habis belajar. Salah seorang daripada ahli panel yang dijemput merupakan seorang dietitian yang mengusahakan bidang perniagaan. Ramai antara kami kagum bagaimana akhirnya beliau meninggalkan kerjaya seorang dietitian bagi meneruskan bidang perniagaan. Padahal, kerja sebagai clinical dietitian itu adalah impian bagi setiap dari kami. Oleh itu, ramai yang bertanya bagaimana nak memulakan perniagaan, bagaimana nak mendapatkan modal, apa yang boleh dijual dan sebagainya. Beliau berkongsi beberapa tips tetapi saya masih ingat nasihat yang diberikan pada kami ketika itu,

"Sebelum awak fikir nak berniaga, apa kata awak fikir bagaimana nak serve community secara percuma dahulu? Contohnya awak memberi ceramah di masjid atau sekolah secara percuma ke. Dari situ sebenarnya baru kita nampak need assessment untuk membuat perniagaan jenis apa."

Nak bagi percuma tu susah kalau kita fikir nak duit semata. Sebelum nak serve community as FOC, memang kena ada jiwa ikhlas dulu kot eh.




Sunday, 14 February 2016

Menuju Suku Abad; 24 Tahun

24 tahun tak menandakan apa-apa sekiranya kita tak mengambil pengajaran dari setiap pengalaman hidup yang kita lalui. Hatta, hiduplah beribu tahun sekalipun. 

Aku, manusia yang mungkin baru sedar betapa bodohnya aku mengejar apa yang aku sendiri pun tak pasti. Belajar, kerja, duit dan kahwin. Dahulu sewaktu zaman habis SPM, aku fikir apa yang paling penting adalah untuk cemerlang dalam pelajaran dan akademik semata. Iya, Allah kurniakan kemudahan untuk aku skor dalam exam (walaupun SPM aku banyak je A- haha) tapi still aku rasa aku pandai walaupun tak begitu hard work belajar sangat. Aku jenis belajar ala kadar pun insyaAllah result akan ok.

zaman sekolah, zaman kegemilangan.

Lepas keluar sekolah, result straight A (walaupun banyak A- haha), aku perasan aku layak amek course power-power macam Medic ke, Farmasi ke, Dental ke. Bukan setakat tu aku berangan, aku perasan aku layak pun untuk menjejak kaki ke luar negara. Aku dapat pun tawaran temuduga Mara untuk pergi UK untuk Medic. Tapi entahlah masa tu tengah tak berdiri dengan dunia nyata, masih fikir nak kahwin je manjang. Jadi, temuduga tu aku tak confident pun. Aku yang banyak cakap boleh tetiba jadi gagap, apekedehal nya? Bukan Mara sahaja, aku dapat interview untuk engineering kat UTP tapi tak pergi sebab malam semalamnya layan movie Korea. Haha.

PASUM; zaman kejatuhan

Ketidakmatangan aku itu berlarutan sehinggalah aku habis belajar Degree pun.

Masuk asasi UM, masih perasan diri pandai sebab budak-budak pandai je dapat masuk UM (masa tu fikir macam tu), orang lain masuk Matrik biasa je (fuh berlagak kot weh). Masa first sem tu slack sikit sebab masih ada masalah percintaan (biasalah budak sekolah agama ni lepas keluar sekolah dia jadi culture shocks; Ahaks :P) tapi lepas second sem aku kejar balik dapat 4 flat. Fuh, masa tu kagum kot, aku masih pandai Haha.

Okay, first choice nak masuk degree aku pilih Dental. Konon taknak masuk Medic sebab kerja Medic susah. Second choice pula pilih Farmasi. Fuh, budak pandai kot. Mestilah kena pilih course yang untuk orang pandai. Aku pun pilihlah universiti yang power-power. Dengan harapan dan keyakinan aku pandai, aku mestilah dapat. Layak kot.

Hari yang ditunggukan keputusan kemasukan ke universiti untuk pra-siswazah pun tiba.

UKM.

SARJANA MUDA D..........................

(aku ingat dapat Dental UKM)

Sekali, SARJANA MUDA DIETETIK DENGAN KEPUJIAN.

Aih, air mata menitik. Sejak bila pulak aku pilih course ni. Padahal memang ada pun. Pilihan KELIMA. WEH, AKU KAN BUDAK PANDAI. APASAL AKU DAPAT PILIHAN KELIMA.

Now you know, kid. Kau tu tak pandai mana, ramai lagi orang lain lagi pandai dari kau.

Tapi yelah, takde pilihan kedua pun. Sebab itu sahaja peluang aku ada untuk belajar dengan mendapat tajaan. Kalau nak ikut pilihan sendiri, nak amek juga course Dental (konon minat lahhh) kena tanggungsendiri. Masa tu, takde masalah pun dengan kewangan sebab keluarga aku bukan jenis susah tapi sederhana yang mampu. Lagipun tinggal aku dengan Abang atas aku je yang masih belajar. Yang lain sudah bekerja dan bergaji sendiri. Tapi persoalan ketika tu, "Betul ke aku minat Dental ni?" membuatkan aku kata, 'Takpelah Mak, I'll go for what I have now'.

UKM: Zaman plataeu

Belajarlah 4 tahun dengan mindset sama. It doesn't change me so much. Aku cuma fikir, asal aku study dan tak fail okay lah kot. Yang penting, aku tak burukkan nama aku dengan orang (salah betul mindset gini). If you asked me that time, what do you want to do with your life, aku pun taktahu nak jawab apa. Mungkin aku akan cakap, Dakwah (sebab dah join usrah masa tu haha). Tapi entahlah ikhlas ke tak jawapan aku tu atau aku sebenarnya jawab nak sedapkan telinga orang dengar.


Habis belajar, perasan diri pandai dah mula kurang. Tapi masalah pula, aku jadi hilang confident sebab baru aku sedar bila masuk course ni, aku tak tahu apa-apa! Weh, makanan adalah benda yang aku paling tak pedulik, aku makan je apa-apa yang mengalas perut aku. Mana aku nak kisah benda ni kesannya pada kesihatan ke apa. Barulah aku sedar, ada ilmu yang aku tak pernah venture! Dah, masa tu memang mula rasa tak pandai. Masa final year, kena practical bagi nasihat kat patient pun aku tak yakin aku nak cakap apa. Knowledge aku cam shaky.

Sambung Master?

Weh, pilihan terakhir aku kot. Baik kerja dulu. Tak kisahlah kerja jadi pelayan kat kedai makan je ke, jaga cashier je ke, cikgu tuition ke, etc etc. Yang penting, bukan sambung belajar. Aku tak minat belajar. Tak sanggup nak hadapi perasaan bodoh tu haha (you'll see budak tak pernah rasa diri bodoh, bila sekali rasa bodoh dah terus give up kahkah).

Sampailah suatu hari aku tengah prepare Resume dan CV untuk apply kerja kontrak Dietitian kat one of hospital kat KL, aku minta tolong Kakak aku check kan sebab dia ni power bab-bab ni, lawyer, dictionary, good in reading insights, manners etc etc. Lepas dia check, dia call aku dari Perak dan aku tercerita yang ada lecturer ajak kerja research assistant. Masa Prof whatsapp aku pasal kerja tu, dah final paper untuk final sem dah pun. Bila aku tanya kawan-kawan satu course, semua kata taknak sebab gaji sikit. RM50/sehari je. Dalam sebulan (kalau g kerja 20 hari lah), dapatlah RM1000 je. Kakak aku tanya,

"Et taknak ke? Pengalaman kot, lagipun lecturer sendiri ajak kot."

Aku jawab,
"Hm, taknaklah Kakaf. Gaji sikit tapi lagipun Et tak minat belajar pun".

Kakak aku balas buat aku sentap,
"Kalau taknak belajar, takpayah hidup, jadilah bodoh je"

Aku dalam phone cam -_-

B. O. D. O. H.

(Tak, aku tak gaduh tapi I take that advice seriously. Aku fikir, aku fikir dan aku fikir).

Sisters; they give you harsh words to make you grow up better

Lepas hantar job application tu, aku terus call Kak Lela untuk jadi RA dalam bulan Lapan, masa bulan Ramadhan dan akhirnya sampai sekarang aku sambung semula belajar.

Did I change myself?

Not so much.

But I know one important thing is the absolute reason why I end up pursuing my Master.

Aku nak capai satu objektif. Dapat habiskan belajar Master tu perkara kedua. Tapi, dengan harapan objektif ini, ia merubah diri aku yang menjadi budak perasan diri bagus kepada budak yang lebih banyak fikir dan menggunakan otak haha. Loser sangat je cakap gini. Tapi iya, aku masuklah mana-mana bidang kalau aku tak atasi masalah ni, I won't go anywhere. Orang lain dah setel benda ni masa Degree, nasib dan takdir aku lah kot aku baru nak belajar sekarang.

Hey mini me, all the best! :)

24 is just a number. It will not change you, if you don't change yourself.

Tuesday, 30 June 2015

Simen Dosa Part II

Hati yang disimen rapi dengan dosa menyebabkan hati jadi kurang sensitif kepada dosa yang dilakukan. Mana tidak, hati seolahnya tidak mampu berfungsi sebaiknya untuk memberi fatwa. Buatlah dosa besar atau dosa kecik, apa heran? Malah boleh memberi pelbagai hujah untuk menjustifikasi apa yang dibuat tak salah pun! Jangan heran bila ramai kala ini lebih mudah nak menegakkan benang yang basah. Padahal terang-terang dah tahu salah.

Dari Wabishah bin ma’bad radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Aku datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau berkata: “Kamu datang untuk bertanya tentang kebaikan?” Aku menjawab: benar. Kemudian beliau bersabda(artinya): “Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan adalah apa saja yang menenangkan hati dan jiwamu. Sedangkan dosa adalah apa yang menyebabkan hati bimbang dan cemas meski banyak orang mengatakan bahwa hal tersebut merupakan kebaikan.”
(HR. Ahmad (4/227-228), Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (22/147), dan Al Baihaqi dalam Dalaailun-nubuwwah (6/292))




Lihatlah, kecedaraan yang berlaku hanya pada hati menyebabkan seluruh badan lumpuh! Nabi ada sebut dalam hadis, kalau baik hati maka baiklah keseluruhannya. Macam bila kita dengar orang stroke atau angin ahmar kan, kenapa sebenarnya boleh sampai lumpuh separa badan atau sepenuhnya? Ianya sebab ada pendarahan yang tak sampai ke kawasan otak. Nak katanya, tempat berlaku adalah di otak tapi yang terkesan adalah seluruh badan!

Jom belajar: kedua-dua sebab (hemorrhagic dan ischaemic) menyebabkan darah terkumpul (clotting) seterusnya menyebakna otak tak mendapat oksigen yang dibekalkan dalam darah.

So, what can we do? Boleh ke simen-simen yang terpahat rapi di hati kita ni pecah semudahnya? Macam kalau nak pecahkan rumah, boleh ke kita ketuk or tumbuk dengn tangan kita je? Sudah tentu kita akan masuk hospital dulu sebab patah tangan. Tapi persoalannya? Boleh tak kita buat sesuatu? Sudah tentu boleh, nak pecahkan rumah kita contractor ada mesinnya. Apakah kita punya mesin pula untuk memecahkan simen dosa tu?

Taubat yang segera dan amal kebaikan yang berterusan. Perhatikan ya, IMMEDIATE and CONSISTENT.

Anehkah, dalam keadaan simen dosa yang menebal serta kejahatan seperti sudah sebati dengan diri kita agaknya senang tak nak buat kebaikan? Weh, jangan tipu. Susah sangat! Masa tu lah rasa hipokritnya, takde maknalah nak buat kebaikan bukan Tuhan suka aku pun. Rasa macam tak kena gaya je malam jadi syaitan, pagi jadi malaikat. Boleh tu boleh, tapi memang sumpah rupa fake sangat. Penipu kelas utama. Macamtulah perasaannya.

So adakah sebenarnya kita perlu menipu?

I would say yes. Fake it till we make it. Kau tak rasa berdosa pun, kena juga paksa diri untuk taubat dan buat amal kebaikan. Yes, dalam pada kau berdosa, masa tu kau kena terus minta ampun dari Allah. Kau malu sebab macam tak layak? Kau memang tak layak pun nak dapat oksigen, makanan, ada mak ayah or family, ada kawan-kawan, boleh belajar dan peluang untuk hidup so baik mati je lah. Kasar beno aku. Dari kau fikir tak layak, baik fikir betapa Maha Penyayangnya Allah pada kita, dalam keadaan kita berdosa ni takde pun Dia kurangkan oksigen kita walaupun satu peratus! Jadi, bila kita mula fikir tak layak, percayalah itu semua alasan lame. Dahlah tu. Baliklah pada Allah.

Percayalah, saat kau tak rasa apa-apa dan terus teringat Allah, itulah Iman kau bersuara. Aku percaya takde manusia pun nak masuk neraka tapi sebab penglihatan terbatas melihat syurga atau neraka itu menyebabkan kita kurang percaya dan kita rasa takpelah. Sebab tu orang yang beriman, sangat penyabar sebab dia yakin dengan perkara ghaib tapi tetap melakukan amal kebaikan.

Martabat orang yang immediate bertaubat ni tinggi. Dalam kisah Ibadurrahman dalam Surah Furqan, Allah kata sesiapa yang ada dosa sebesar gunung tapi at that time of moment terus dia teringat Allah nak meminta keampunan, Allah kata, Allah tukarkan gunung sebesar dosa itu kepada gunung sebesar pahala. MasyaAllah Subhanallah. Kita kan, kalau buat salah kat manusia pun, itu dah cukup besar maknanya kalau dia maafkan. Tapi Allah, bukan sahaja ampunkan tetapi juga memberi ganjaran. Bukanlah maksudnya, 'Yey boleh buat dosa banyaaaaaak then taubat'. Ingat eh, Allah tu bukan mudah ditipu, macamlah Dia takboleh tahu the whole story of your life. Bonus yang Allah berikan ini hanya di-offer kepada yang BERSEGERA (immediate) bertaubat.

Taubat sahaja tidak mencukupi. Kalau sekadar nak melepaskan rasa bersalah lepas tu esok ulang balik. Hm. Tak jadi weh. Sebab tu perlu pecahkan simen dosa itu dengan amal kebaikan yang berterusan (CONSISTENT). Memang satu kebaikan buat, pecah sikit simen tapi kalau setiap hari sepanjang tahu buat? InsyaAllah kalau Ikhlas dalam amal kebaikan yang dibuat, lagi senang nak pecahkan simen dosa tu. Kelebihannya bila kita banyak engage diri dengan kebaikan, insyaAllah kita jadi suka dengan aktiviti baik dan mengurangkan masa kita untuk terjebak dengan perkara tak baik. Sweet sangat Allah, segala perintahNya bukan untuk diriNya tetapi untuk kebaikan diri kita juga.

اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن


Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada, dan hendaknya setelah melakukan kejelekan engkau melakukan kebaikan yang dapat menghapusnya. Serta bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik‘” (HR. Ahmad 21354, Tirmidzi 1987, ia berkata: ‘hadits ini hasan shahih’)

Dah fikir habis? Takyah fikir banyak sangat, buat je.

Jadi, itu baru langkah pertama. First step of baby steps. Takpe, kita mulakan dulu selow selow okay.
To be continued...


Monday, 29 June 2015

Simen Dosa part I

Keberkahan akan hilang apabila seseorang melakukan kemaksiatan. Tetapi Allah tetap terus memberi peluang setiap hari pada hambaNya untuk terus bertaubat. Waking up for the next morning is not just a blessing but more to responsibility. Tetapi saatnya manusia itu hatinya sudah cukup keras dan tak terasa ingin pun nak bertaubat sebab dah terlalu lemas dalam kesesatan, saat itu Allah akan turunkan bala dan azab. Seperti yang kita boleh belajar dari banyak kisah umat di zaman Nabi Nuh, Nabi Ayub, Nabi Lut, Nabi Saleh dan banyak lagi. Manakala untuk umat Nabi Muhammad, kita tidak akan diturunkan azab serta kaum terdahulu tetapi kita boleh nampak bersimpang-siurnya kehidupan di negara kita sendiri atas kehilangan barakah.

Cakap pasal hati keras kerana dosa, aku selalu membayangkan yang setiap kali kita buat dosa kita meletak kepingan simen mengelilingi hati. Kalau dosa kecik, simen tu mungkin tutup sikit dan tak tebal sangat tampalan simen. Tapi kalau dosa besar, simen tu dah lah tebal dan menutupi hampir keseleruhan hati. Sehingga menghalang dari hati untuk mendapat cahaya dari luar. Apa yang berlaku setiap hari adalah gelap?

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" 
(3:190)





Bayangkan, bila malam kita tidur dan tunggu datangnya mentari keesokkan harinya untuk bangun. Tetapi bila dah pukul 7 pagi, kat luar masih gelap pekat. Matahari merajuk, kau bayangkan macamana. Apa kau nak buat tengok luar masih gelap. Resah! Jangan cakap kat luar gelap, kalau duduk dalam kawasan yang takde elektrik pun kau boleh rasa takut. Kenapa? Sebab bila gelap kita takkan mampu nak nampak pun apa yang berlaku di sekeliling. Kalau ada orang geletek pinggang saat kau berseorangan dalam gelap, aku rasa jantung mesti boleh terhenti seketika dek ketakutan yang amat.

Macam tulah juga bila kita menutup ruangan hati untuk mendapat melihat cahaya petunjukNya. Kita yang berterusan melakukan dosa ni takkan rasa sangat, tapi hati kita ni dia tahu dirinya dianiaya oleh tuan badannya sendiri! Boleh bayangkan, setiap hari berlalu, dosa semalam belum diampunkan lagi tapi dah bertambah dosa hari ini. Mungkin bertambah intensity simen dosa tu atas kemungkaran yang dilakukan hari ini lebih teruk dari semalam. Menambah ketebalan simen dosa yang sudah sedia ada. Menebal kian hari.

Hati bukan sahaja tak dapat cahaya petunjukNya, tetapi juga lemas tiada oksigen keimanan.

Saat itu, Allah masih dengan sifat Ar-Rahman dan al-Ghafur yang memberi peluang yang bermacam untuk bertaubat dengan mendatangkan pelbagai jenis peringatan. Mungkin boleh jadi, buka FB ada tazkirah, ada kawan atau ahli keluarga yang memberi nasihat, bencana alam, kesusahan dalam melakukan pekerjaan dan mungkin juga hati resah dan tidak tenang. Semua ini Allah berikan pada hambaNya yang terpilih untuk menyelamatkan dari berterusan menderhakai Allah.

Memang, saat simen dosa dah menebal. Agaknya rasa ke tak? It depends dengan sisa keimanan yang masih ada lagi saat itu. Jangan cakap senipis kulit bawang tapi mungkin bawang yang sudah ditumbuk pun masih ada lagi. Aku percaya saat itu, we have this split of second yang fikir eh betul ke apa aku buat, aku buat dosa ke ni, kenapa rasa lain ni dan sebagainya. Ketahuilah, itulah mungkin kata hati sisa iman yang sebesar bawang yang dah ditumbuk lumat tadi. SOS. Iman dah cedera parah, dah intubated dan sedated tapi tetap mahu bersuara.

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisa:18)

Life is about choices. Waktu kritikal di mana Iman dah tak mampu nak selamatkan tuannya, ini saat ilmu yang selama ni tersimpan dalam jiwa pula mula memberi hujah. Percayalah, orang yang berilmu dan berfikir pasti dapat jawapan. Samada nak pilih jalan kembali atau tak je ni.


You choose.

Bersambung..