Friday, 23 May 2008

Malaikat di rumahmu

Suatu hari seorang bayi siap sedia untuk dilahirkan ke dunia
Dia bertanya kepada Tuhan,

"Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan ku ke dunia, tetapi bagaimana caranya saya hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah.

Tuhan menjawab,
"Aku telah memilih 1 malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu".

"Tapi di sini, di dalam syurga, apa yang pernah kulakukan hanyalah menyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagiku untuk merasa bahagia".

"Malaikatmu akan menyanyikan dan tersenyum untukmu pada setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia".

"Dan bagaimana aku bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika aku tidak mengerti bahasa mereka?".

"Malaikatmu akan berbicara bersamamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kau dengar, dan penuh kesabaran dan perhatian. Ia akan mengajarkan bagaimana cara berbicara".

"Dan apakah yang akan kulakukan saat kuingin berbicara kepada-Mu?"

"Malaikatmu akan mengajar bagaimana cara untuk berdoa"

"Aku dengar bahawa bumi terdapat banyak orang jahat. Siapakan yang akan melindungiku?

"Malaikatmu akan melindingimu, walaupun mengancam jiwanya".

"Tapi, aku pasti merasa sedih kerana tidak dapat melihat-Mu lagi".

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang-Ku, dan mengajarmu agar kau bisa kembali kepada-Ku. Walaubagaimanapun, Aku tetap berada di sisimu".

Saat itu, suasana syurga begitu tenang sehingga suara bumi dapat didengar dan si bayi bertanya perlahan..

"Tuhan, jika aku perlu pergi sekarang, bisakah Kau memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kau akan memanggil malaikatmu, Ibu.."

Ingatlah, kasih sayang ibu. Bedoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa. Tiadalah keredhaan Allah tanpa keredhaan ibubapa..

'HAPPY MOTHER'S DAY'

walaupun dah lambat. Tapi everyday is mother's day.

=]

1 comment:

Anonymous said...

salam..zetty..uve grown enough..
lame xdgr cite awk..akak yg bz kot.
pe jd sbnrnye kt kris nih.. hope awk leh cite kt akak, bleh akak bg opinion..n at least, akak pun dah lalui zaman tu..
contact me,zetty.
ym- bluey_hada88
blog- http://hariral-azraq.blogspot.com/
im here.2 listen. =>
_k.mahada_