Sunday, 22 March 2009

Spa Q

Entah apa kena aku bagi tajuk aku nak bobek nih Spa Q
agaknya takde menda lain nak cerita kot?
aku nak balik dah asrama lepas nih~
Ok
back to the main point
ada jugak menda aku nak bobek pasal Spa Q

Drama bersiri ni dah sampai edisi ke-2
yang kini hangat ditayangkan kat tv3 jam 6.30-7.30
aceh~
tak, aku tak ikut kisah2 mak2 dara yang melarat2 nih
tapi kadang-kadang terpaksa sebab teman Mak tengok
(anak baik ken~)

Ok, ape aku nak cakapkan adalah
cerita tu memberi banyak pandangan yang tidak baik
contohnya, paling mudah yang boleh kita perhati ; pemakaian
ye aku tau aku pelajar sekolah agama
tapi aku benci orang cakap Islam ni 'boleh je macam tu'
ade sekali aku 1 episod tuh
minah pelakon nih pakai baju 'labuh' tidak berseluar
pakai skirt atas lutut
umpama baju tu tidak berfungsi bagi si pemakai

kalaulah ditakdirkan aku jadi PM
aku nak haramkan pemakaian tidak senonoh macam nih
bukanlah
kalau kau taknak sangat tutup aurat
tapi tolong hormat mata orang lain yang memandang
at least, kalau nak pakai skirt, pakai la labuh bawah lutut ke
nak pakai baju seksi sangat, janganlah mendedahkan dada
bila kadar jenayah kes rogol tinggi, salahkan itu ini

tak takut dengan azab Allah ke?
nauzubillah.
astaghfirullah.
aku bukan orang yang baik sangat
tapi apa yang aku sampaikan nih
bukan nak tunjuk lagak
tapi ingatlah kita suka sekarang, esok kita tak tahu apa akan jadi

Malaysia
negara Islam. Aman damai (kata mereka)
tapi tak mustahil berlaku kehancuran, malapetaka
akibatnya, puncanya salah kita semua sendiri
dengan pemimpin yang pecah-belah
o
inilah negara Islam
Melayu yang menganut agama Islam
3 per 4 kat Malaysia, kita!
bangsa Melayu yang dibanggakan sangat

Jangan lalai dengan nikmat-Nya
Jangan lagho dengan cinta dunia
Jangan alpa dengan hari-Nya
aku menasihati semua termasuk diri aku
jangan rasa diri dah cukup bagus
kalau amalan setakat yang wajib je
(adeih...adeih..terasa~)
wallahualam.
pohon keampunan-Nya.astaghfirullah

oh
happy birthday to my sweet sis~
muachx!

1 comment:

* m ! s $ y * said...

btol2..
sokong2..
kasihanilah mereka yang memandang..
tp kite rase..
x ramei yg tonton citer tu..
x best pon..