Sunday, 16 August 2009

.cinta.

Cinta itu suci,
bukan barang
atau nafsu yang boleh dipermainkan,
ditukar atau dinilai
dengan kekayaan
atau bangsa ketuanan
Keris Mas

cintamu kepada manusia
mencerminkan
cintamu kepada tuhan
cintamu kepada semesta
menyatakan
betapa kau mengasihi
bukti nyata adanya Allah
Arenawati

Apa cerita aku berjiwangan nih? Takde lah ape-ape, aku saje nak berkongsi 2 sajak yang aku suka. Cinta. Lebih dari setengah hidup kita dipenuhi cinta. Tanpa cinta, Dia takkan hidupkan kita. Tanpa cinta, Dia takkan beri kita kehidupan. Tapi bagaimana pula cinta kita kepada-Nya? Rasa-rasa macam cukup tak macam Dia beri kita? Memang cinta itu subjektif, bukan sekadar cinta lelaki dan perempuan, banyak sangat sampai tak terkata. Tapi kita ini duk sibuk nak cari cinta yang tak pasti kesudahannya, yang kadang-kadang menyesakkan, memabukkan, menyusahkan. Tapi bagaimana cinta kita kepada-Nya? Tepuk diri tanya Iman.

Ok
habis cerita.
Sepanjang minggu lepas
aku menderita sakit kepala yang sangat
makan panadol setiap hari
nak kata demam
dah tak kot
sejak kebelakangan tu jugak
mata aku asyik kabur
Ah sudah.
Power dah naik.
Pergilah cek semalam kat Taipan
oh! betapa terkejutnya aku
(walaupun dah agak)
power aku dah mencecah 275!
mata kiri aku naik 100, kanan naik 50
pergilah tukar cermin
(nak tukar bingkai sekali, kena halang dengan Dayah;Dayah jahat!)
risaunya aku. Naik mendadak.
Peninglah aku nanti dengan power +100!

Aku perasan kan, aku ni banyak cakap lah
tak sedar diri trial nak dekat
SPM tak sampai 100 hari lagi
wah.wah.wah.wah.

4 comments:

Afiq Rahim said...

Salam.
zetty, blog lama aku dah tak valid tau.
i accidentally deleted it.
panjang ceritanya.
Ini blog baru.
Good luck on the trial.
:)

Afiq Rahim said...

comment tambahan.
kakak aku pakai spect jugak.
dia selalu ckp, power spect btambah sbb rajin belajar.
it means that it's a good sign!
:)

z.s said...

hahaha
harap2 begitu lah~
tak tahu la kan tambah power sebab apa
but my sis did say that main internet banyak sangat.
hahaha

Farah said...

zetty bagus sangattttt ! :) and selamat berpuasa (;