Saturday, 22 August 2009

.ramadan.

Ramadan al-Mubarak yang ditunggu-tunggukan telah tiba.
Puasa. Alhamdulillah.

Tapi setakat mana keikhlasan kita beribadah kepada Allah pada bulan yang penuh barakah ini? Aku sendiri tak tahu samada Ramadan kali ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Memikirkan periksa percubaan tak lama lagi, aku hanya mampu mengelengkan kepala. "Sempat ke nak habiskan belajar? Nak khatam, boleh ke tahun nih? Tengah sibuk nak study nih.". Macamana nak jadi orang beriman tapi sendiri tak yakin? Astaghfirullah.

Fais ada mengatakan jangan jadikan alasan penat berpuasa sebab tu kita tak nak buat banyak amalan. Bulan ramadan lah bulan kita nak kutip 1001 kebaikan. "Alah, masa Ramadan ajelah dia khatam, nak buat baik, tapi masa bulan lain?" Minta-minta kita dijauhkan dari sifat egoistik begini. Apa salahnya buat baik? Dari tak buat langsungkan? Rata-rata manusia biasa selalu malu nak buat baik depan orang ramai, risau kalau-kalau orang panggil dia hipokrit.

Kadang-kadang kita takut untuk menjadi hipokrit, dipanggil munafik (nauzubillahminzaliq), tak pernah buat baik tiba-tiba nak jadi baik kan? Kalaulah semua orang fikir macam tu, tak ada siapalah nak berubah dalam dunia ni. Aku ulang lagi sekali, kita tak usah menjadi orang lain, tapi kita mampu berubah menjadi lebih baik.

Bulan Ramadan, bulan menduga keimanan. Taraf mana Iman kita? KLCC? Menara KL?

Wallahulam.

6 comments:

skin said...

kak zetty,,
selamat menyambut ramadan..
semoga kita sama2 dpt merebut pahala di bulan yg penuh kerahmatan ini.

erm,
da lme tak sembang2 ngn akk en.
btw,
gudluck trial ye!
blaja rjen2!

i'm.my.own.gardener said...

Semoga berjaya trial SPM, + the real thing nnti!
A1~
F509 boleh!

z.s said...

to adik-adik:
thanks for the wishes
huhu

cuak la pulak kan?

iman said...

zetty! memang ah ingat
standard 1 best friend kut :)
how are you?
best puasa?:D
I'm okay now but stress for trials!
zetty mesti dah ready gila kan.

z.s said...

haha
who doesnt stress about it?
ready ape nya. still in front of the laptop. =P

eh,bila nak jumpa?

iman said...

tu laa. i miss everyone !
lepas spm lama sangat eh?