Thursday, 17 September 2009

Tick Tock

Tick. Tock. Tick. Tock.
Masa bergerak dengan begitu kejam meninggalkan kita. Terasa begitu sekejap Ramadan menyinggah, hendak digantikan pula dengan Syawal. Sebulan berlalu, berlalu lagi dan pergi begitu sahaja. Sungguh, tidak puas rasanya. Sungguh, manusia tidak pernah bersyukur dengan pemberian-Nya. Bila Dia beri kita, kita buat-buat tak tahu, endah tak endah. Bila Dia tarik balik, baru sedar betapa susahnya nak dapatkan semula.

Sedar tak sedar, begitu pantas masa memecut, sehinggakan kita tak sedar apa yang telah berlaku pada diri kita. Baik atau buruk. Orang suka atau orang menyampah. Begitu juga yang berlaku pada aku, tinggal hanya beberapa bulan lagi aku nak tinggalkan tempat yang banyak berjasa pada aku, mengajar aku erti kehidupan dikala diri masih mentah bak anak ayam baru keluar dari telur, memperkenalkan pada aku erti kemanusiaan dikala dunia penuh manusia yang pentingkan material semata-mata. Sempat aku mengenali dengan erti kasih, sayang dan cinta. Sungguh, aku tak pernah sekali menyesal walaupun banyak kali hati terluka.

Bagaimanapun, perasaan nak maju ke hadapan dan tinggalkan segala kenangan silam membuatkan aku rasa serba salah dan hati aku sesak. Patut ke? Sangat tamakkan sebenarnya kan? Aku tak sabar nak tinggalkan tempat tu dan mulakan kehidupan yang jauh lebih baik. Menjadi lebih baik, lebih keras hati, lebih kuat dan lebih sabar. Cukuplah dipermain sebegitu rupa, membuatkan aku rasa aku manusia paling tak guna dalam dunia ini. Enough for once, never for twice. Apa yang aku tau pada 3 tahun lepas selain inginkan keseronokan, tiada beban tanggungjawab yang tergantung pada diri aku? Sekarang dah lain, aku ada tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah.

Manusia tidak diciptakan Allah dengan sempurna, ini menjamin supaya manusia tak pernah lupa asal-usul sebagai ciptaan-Nya. Kesempurnaan bukan sebenarnya kebahagiaan, tapi dalam serba kekuranganlah itu adalah kebahagiaan sebenar. Fakta yang kelakar, tapi cubalah bayangkan.

Ok. Ini bukan tazkirah, di kesempatan ini aku nak ucapkan Salam Aidilfitri dan minta maaf sebanyak-banyak atas keterlanjuran yang pernah aku lakukan. Salah dan silap harap dijadikan iktibar buat semua, bukan dijadikan bahan ungkitan. Dan aku juga nak cakap, betapa sayangnya aku pada kawan-kawan aku, tak kisah lah bukan kawan baik, kawan tegur gitu-gitu je, please do appreciate it and don't feel regret after you lost it.

No comments: