Saturday, 3 October 2009

Aku tak percaya

Adakalanya perkara yang paling kita suka yang kita tak tahu samada ia memudaratkan kita atau tak, kita jangan pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap perkara tu. Kalau perlu, kita perlu menjauhkan diri terhadapnya supaya taklah teruk bila rasa kecewa.

Aku berasa sungguh tawar kala ini. Mungkin aku tidak bersyukur terhadap apa yang Tuhan dah beri, aku terlalu tamak, aku inginkan sesuatu yang lebih dari ini. Dan kerana itu, aku berubah menjadi mudah tidak puas hati.

Aku yang pilih jalan ni, aku tak suka jalan ni, tapi demi masa depan aku, aku terpaksa. Kadang-kadang, aku rasa menyesal sangat. Aku teringin sangat patah balik, walaupun aku tau ni jalan ni yang terbaik. Sungguh, aku rindukan dia.

Aku tak percaya. Tak, aku takkan percaya dan aku tak mungkin akan percaya.

1 comment:

. sifa . said...

nak u-turn?
kat depan simpang rumah kite ade u-turn.