Tuesday, 29 December 2009

Permaisuri Awan

Susahnya nak bangun dari mimpi ngeri
Mudahnya nak bangun dari mimpi indah

Akhirnya, permaisuri awan terpaksa pulang ke bumi. Bukanlah kehendaknya, namun keluarga dan juga sahaba baginda merayu supaya pulang. Sungguh berat hati si permaisuri awan untuk meninggalkan mahligai yang serba nan indah di awan. Sungguh, permaisuri awan sangat gembira, bahagia di sana, tidaklah mampu terungkap dengan kata-kata. Mana tidaknya, permaisuri awan bukan permaisuri di bumi, baginda hanya rakyat biasa yang tiada kelebihan darjat pun. Tapi permaisuri tak boleh menjadi pentingkan diri sendiri, permaisuri masih ada tanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarganya yang masih memerlukan permaisuri. Bagi permaisuri, ini adalah keputusan yang paling susah dan payah yang dilakukannya. Semasa permaisuri berada di bumi, betapa banyak kesusahan yang mencari di kala baginda mengejar kebahagiaan. Hanya permaisuri yang dibebankan sebegitu teruk. Malah permaisuri sedar, keputusannnya untuk pulang ke bumi adalah cabaran yang besar untuknya. Melepaskan perkara yang dicintai, tapi terpaksa menggenggam perkara yang dibenci. Namun di sebalik semua ini, permaisuri percaya dan yakin bahawa keputusan ini adalah yang terbaik untuk semua dan baginda begitu bersyukur dapat dijadikan permaisuri awan walaupun hanyalah seketika. Tanpa pengetahuan permaisuri, keputusan yang dibuat ini akan memberi kesan yang baik untuk jangka masa yang panjang. Sabarlah, permaisuri. Sabar sedikit sahaja. Semua akan menjadi baik selepas ini. Masa akan memulihkan kebanyakan perkara. Sebelum pulang, permaisuri telah berjanji di hadapan rakyat-rakyatnya bahawa dia akan jadi lebih hebat dari sebelumnya, lebih matang dan lebih kuat. Permaisuri berjanji akan pulang semula apabila semuanya telah selesai. Ketika itu, dalam hati permaisuri berkata bahawa itu adalah perkara mustahil, mungkin rakyat-rakyatnya akan melupakan baginda pun, mungkin juga takhta permaisurinya akan diggantikan. Namun, permaisuri hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih untuk segalanya dan selamat tinggal yang diiringi doa dan tangisan oleh rakyat-rakyatnya.

Aku yakin. Permaisuri akan dapat balasan yang lebih baik dari menjadi permaisuri di awan.
Selamat berjuang permaisuri awan! Semoga kau tabah dan menjadi lebih kuat!

4 comments:

Zackyun said...

jiwang tahap king kong.

amicus curiae said...

kalah aku.

Zainal Zulia said...

Fuh. King Kong pun tak jiwang macam ni.

Anonymous said...

ampun tuanku..ijinkan patik pacung die (kinkong itu)