Saturday, 23 January 2010

Esok.

Kata orang kawan itu diukur melalui tempoh masa kita bersama, bagi saya, tidak semestinya.

Hari ini saya akan membahasakan diri saya sebagai saya dan bukan aku bagi memberi penghormatan terhadap insan terhebat yang pernah berlaku dalam hidup saya. Saya mula mengenalinya pada akhir-akhir tahun kami bersekolah. Itupun kerana kerja bukanlah kerana saya terpikat dengan kelembutnnya. Ya, pada asalnya itulah yang saya fikirkan assebab dia menjadi kawan saya. Tanpa saya sedari sebenarnya dengan kecantikan akhlaknya menjadi tarikan saya ingin terus mengenal dia dengan lebih mendalam mega pixelnya. Ramai yang berkata dia memiliki kehidupan yang sempurna walaupun bagi saya kesempurnaan tidak menjaminkan kebahagiaan sebenar. Namun bagi saya pula, dia bukanlah sempurna tapi dia adalah pelengkap hidup saya. Memang tidak dapat dinafikan perbezaan sosial kami begitu ketara walaupun secara zahirnya kami banyak melalui pekara yang sama. Perangai, stail, kegemaran malah pendapat kami kebanyakannya berbeza. Saya kata putih nampak suci, dia kata hitam tidak mudah berubah. Tapi kami tidak pernah sesekali bergaduh tentang perbezaan. Adakalanya saya merasakan perbezaan kami itu membuatkan saya tidak keruan, tidak adil dan saya lah yang memperbesarkan ruang perbezaan kami. Tapi dia sedaya upaya mengecilkan ruang itu. Mungkin dia tidak mahu kelihatan terlalu hebat di hadapan saya tapi saya mahu beranggapan dia mahu terus menjadi teman saya. Mungkin saya terlalu perasan.

=)

Saya tidak memiliki kawan baik yang ramai. Bukan, maksud saya, saya bukanlah centre of attention seperti yang disangka. Tapi betapa saya bersyukur kerana kawan baik yang sikit inilah memberi kesedaran betapa sayangnya Allah terhadap saya. Ia adalh nikmat yang terbesar. Alhamdulillah, hamdanlillah, syukurillah Allah menghidupkan dia walaupun buknlah itu saya seorag. Esok adalah hari kelahirannya yang ke-18 dan saya tujukan khas post ini untuk dia yang telah banyak membuat saya gelak dikala hati sebak, memberi semua yang dimiliki tanpa berkira dan meminta balasan sedikt pun. Masa begitu pantas sehingga saya tidak pernah berpeluang untuk berterima kasih padanya secara serius.

terima kasih. may Allah bestow you always.
She is an angel heaven sent to me.
Happy 18th birthday dear.

5 comments:

a friend said...

sebenarnya,kawan awak tu seorang yang bertuah kerana dapat kawan macam awak .
semoga kalian berdua diredhai oleh ALLAH sampai ke akhirat, insyaALLAH

ain aj said...

aaa!!!
comelnyer post nih...!
bcer2 awal2..
saya da agk da sper...hehe

Hafeeza H. Mohamad said...

sweet maa...

unas92 said...

so sweet~ huhuhu epy bzdy timah

Barly Sasmita said...

Assalamu'alaikum...
Salam kenal dariku berasal kalimantan selatan... ^_^