Thursday, 7 January 2010

Tidur

Kepala aku pening akibat kadar tidur terlalu lama. Catat rekod yang bersejarah untuk tahun ni, aku tidur semalam pukul 8.45 pm. Memanglah tahun ni. Hahaha. Lama. Sampai sempat mimpi masuk sekolah balik, dapat buku teks, dapat dorm. Sah aku memang rindu sekolah sampai masuk mimpi. Bangun pukul 6.30. Daah, tak boleh tidur. Dengan segala tidak senonohnya, main fb. Hahaha. Dah bosan dengan fb sebab takde orang on9. Asyik2 bila aku on9 orang takde, aku tak on9, ramai pulak yang on. Aku pun guling2 atas katil yang empuk. ooh, indahnyaa. Dalam hati, tak boleh...banyak kerja nak buaat...jangan tidur... Dalam masa yang sama, mata dah setengah tertutup. Dengan tidak sengaja, aku tidur lagi. Bukan salah aku, salah Kakyah yang suruh aku teman dia study atas katil sambil membaling roti cokelat. Hahaha. Dah lepas tu, aku bangun terus mandi. Parah lah mcm nih. Sibuk. Sibuk. Sibuk. Sibuk. Aiseh, azan zuhur dah masuk. Baring lagi, bukak ikim. Dengan harapan, janganlah aku terlelap lagi. Dengan sayup2 dengar ustaz tu bagi ceramah pasal nabi yusof pakai purdah sebab kacak sangat sampai takut menimbulkan fitnah, blah blah blah blah. Aku rasa aku dengar sampai habis dengan jelasnya. Tapi dalam keadaan mata tertutup. Apakah tandanya itu? Akibatnya, sakit kepala aku nih~

Sejak aku lahir, aku tak pernah bela kucing walaupun aku geram tengok kecomelan kucing. Sebab setiap kali aku main, inhaler mendekati aku. Tapi sejak duduk rumah nih, ada 2 ekor kucing hitam duduk lepak belakang rumah. Setiap kali nak sidai kain, konpem aku terpijak kaki atau ekor dia. Hahaha. Tengah nak basuh pinggan, diorg mengiau2 kat tingkap buat muka kesian. Aku rasa Kakaf bagi nama Rosyam Nor dengan Jalaludin Hasan, walaupun tak pernah panggil pun. Kenapa lah Jalaludin Hasan yang aku minat jugak lah korang nak bagi nama. Sekor ni gemuk dan jahat tapi muda, sekor lagi kurus keding, kudus dan mudah dibuli dan juga beruban. Entah sejak bila yang si gemuk tu jadi kawan baik si kurus. Haha. Point aku nak cakap, bila aku tengok 2 ekor kucing jantan ni, mesti aku teringat 2 orang abang aku. Hahahahahaha. Hitam, jantan. Hahahahaha. Takde kaaitaaan~

p/s:aku memang tengah blank. Entah hape hape hape!

2 comments:

Lt. Danny Rock said...

Ah-Seng~

yiz ada kuceng comel nme Ahseng...

Lt. Danny Rock said...

Ah-Seng~

yiz ada kuceng comel nme Ahseng...