Saturday, 20 February 2010

India Episod 1


Oh, sudah 2 minggu sejak aku pulang dari negara Slumdog Millionaire dan aku masih belum menceritakan pengalaman selama enam hari kat negara tersebut.
oh skema, macam nak buat journal yang kena hantar kat sekolah
=P
Macam Kakyah cakap, India adalah perjalanan. Oh, memang negara yang sangat besar. Malaysia ni macam kutu je bagi orang India.

RANDOM FACT : India ada 28 buah negeri

HARI PERTAMA

Kami diterbangkan ke Port Cochin dari LCCT dengan flight Air Asia. Dalam flight yang kerusinya sangat menyakitkan selama 4 jam. Sampai kat Kochi pukul 4.30 waktu tempatan. Pandangan pertama aku, '34 darjah celcius? Bahang!'. Kata Kakaf ada pemandu pelancong yang reti berbahasa Inggeris akan sambut kami sementara menunggu perjalanan kami ke Udupi dengan kereta api pada malam hari. Sambil itu dia bawak kami berjalan cuci mata di bandar Kerala. Sangkaan kami meleset dengan pemandu pelancong yang kononnya reti cakap omputih, berhabuk tak reti nak komunikasi dengan dia, 'English? Little-little'. Tapi nasib baik encik Parveen ni ramah dan sabar melayan kami yang nak ke sana ke mari. Bukan nak pergi shopping ke apa, tapi nak cari tempat makan yang 'halal-cut' dan tempat boleh solat. Tu je. Makanan India memang hebat, sedap tak terkata! Walaupun habuk berada di mana-mana. Mungkin itu secret recipe diorang. Taktahu lah kan.

Nak cari masjid sangat susah, tapi dengan bantuan encik Parveen yang beragama Hindu untuk mencari tempat untuk solat jama' dapatlah jugak. Tapi kelakar, dah masuk sebuah masjid di antara kedai-kedai tu, kami tak jumpa tempat untuk muslimat nak solat. Pastu ada seorang semacam Pak Lebai versi India tanya masalah kami, dan sejurus menjawab, "No female here". Laaa, tempat nak solat perempuan takde. Kenalah jalan lagi. Jalan-jalan sambil tanya masjid yang ada tempat solat perempuan akhirnya berjaya. Lega kaki aku dapat rehat kejap kat masjid tu. Selesai solat, kami tanya tempat makan sedap yang halal, 'no-pork'. Encik Parveen pun cadangkan sebuah kedai dalam hotel rasanya, bersebelahan dengan Rumah Agam orang Kristian yang sangat besar. Lebih besar dari masjid yang kami pergi. Nak cuba Nasi Briyani yang abah cakap sedap gila. Masing-masing order satu. Mak ai, portion sangat banyak. Aku tak dapat nak habiskan, walaupun memang feeeeeling lah Briyani diaaa. Kalah Mahbub kat Bangsar yang aku cintai~

Selepas tu, kami ni memang taktau nak pergi mana, suruh encik Parveen tu hantar je lah kami kat stesen kereta api kat Ernakulam Junction pada pukul 8 lebih-lebih. Untuk pengetahuan, kami menuju ke Manipal, rumah Kakaf dan Bubu yang perjalanan selama 9 jam! Sedangkan kereta api tu dijangka tiba pada pukul 10 malam.
Sungguh, selain India = perjalanan. India = penantian.


Sementara tu, Abang Nal berkenalan dengan Aarun yang nak pulang ke kampung halamannya di New Delhi yang dijangka tiba 2 hari selepas itu. Oh, maaamaaa. Tak terbayang dek akal aku ni. Lamanyaa. Ok, tengok jam dah hampir pukul 10 malam dan aku nampak Abang Nal panggil dengan muka cuak. Kat India ni, train dia stop hanyalah 5 minit sahaja. Memang dalam cerita hindustan yang lari-lari adalah realiti sebenarnya.

Kami pun bergerak ke hujung platform bersama bagasi yang berat-berat, termasuk kicap, budu, maggi yang Kakaf suruh kami bawa dari rumah. Sampai kat hujung platform tu, aku tak nampak orang menunggu. Tapi apa yang peliknya, kami berada di tempat barang-barang, ada bawang merah, bawang putih. (mungkin dari Mumbai, Mak cakap). Gedong gedong gedong. Bunyi train menghampiri. Aku pun tengok tiket yang Kakaf tempah awal seminggu lalu,

'Ernakulam Jn.---Udupi', 'Platform 2', 'AC 2',
yang lain tulisan keling yang aku tak paham.

Dengan perasaan berdebar-debar. (takut kena tinggal). Masing-masing dalam otak terngiang-ngiang Kakaf pesan, 'Train ni kadang-kadang berhenti hanya 1minit sahaja'. Train pun sampai dari belah kanan kami. Gerabak pertama. Gerabak kedua. Gerabak ketiga. Aku ternampak ada papan tanda kecik tulis 'AC 2' dan sempat cakap dengan Abang Nal, "eh tu kan coach kita" sambil kelip mata 2,3 kali. Lamunan terberhenti. Tiba-tiba baru perasan yang train laju gila tu dah pergi jauh kehadapan meninggalkan kami. Terpaksalah kami meredah orang yang ramai sambil berlari macam dalam cerita hindustan. Aku yang bawak beg roda tapi takde pemegang menjadi antara orang yang paling lembab sedangkan aku pelari pecut. 'Ah, perasan'. Abang Nal dah berlari jauh ke hadapan. Mak dengan panic-activated lari jugak, Kakyah yang terlalu tenang pun tunggu aku dengan sabar yang dah hilang sabar. Akhirnya, Kakyah pun tukar beg berisi kicap dan budu dan etc dengan beg aku yang takde pemegang tu. Apa lagi, aku pun berlari seolah-olah mengejar garisan penamat. Hahaha. Ops, aku tertinggalkan Kakyah.

Ketika tu, Abang Nal dah menjejakkan kaki kat tangga train, diikuti aku dan Mak kat belakang. Serentak kami pandang ke belakang. Ramai sangat orang. Tapi tak nampak langsung Kakyah. Abang Nal dah bersedia untuk turun, aku dah terbayang tidur kat stesen kereta, Mak-panic-button-activated jerit, "YAAAAAAAHHHH". Tiba-tiba dalam kelam kabut manusia yang ramai, nampak kelibat Kakyah. Tapi dia tetap steady, buat muka 'lepaaklaah'. Nasib baik sempat tau. Tercungap-cungap. Tiba kat tempat duduk, Abang Nal capai inhaler, Mak tak berhenti mengucap, Kakyah marah aku sebab tinggalkan dia. Hahahaha. Tak fikir apa-apa, tau nak lari je. Dan kami bermalam dalam kereta api yang ada katil. Baru ketika itu kami berasa nikmat mendapat air-cond.

Okeh, ni baru first day. Kalau ada orang request nak sambungkan episod, aku teruskan. Kalau takde, aku tetap akan tuliskan jugak walaupun aku tak reti bercerita. Hahaha =D

11 comments:

Ainul H, said...

saya request teruskan, saya nak tahu :)
aku terbayang kau kejar keretapi mcm dlm filem :D ( takot kena tinggal )

z.s said...

Cepatnya kau komen enul.
Aku baru nak tukar-tukar.
tercungap-cungap aku taip nih, rasa macam kena kejar tren!

okeh, request anda diterima
=)

nawal said...

wah! best2!

L@Ks@mAn@ Sp@rrOw said...

best2..sambunglah cerita ini~~

-hanya pendatang baru-

amicus curiae said...

bubu kata: bayangkan Yah tertinggal.
Hahahahaaa

Zainal Zulia said...

sy ingin tahu ape yg terjadi besoknya

z.s said...

oh, ada jugak nak tau apa jadi lepas ni ek. okeh. okeh. bawakkan bersabar. lepas ni, saya letak sekali dengan gambar.

Kakaf, yah tertinggal, kitaorang jadi mangsa sekali tau.

thaiyibah said...

sambung sambung. sukaaa. nak tau ape jd lg. :D

atikah ara said...

serius saspen cerita ni.. haha. sambung lagiiii =D

Zackyun said...

eh, kak yah kau tu memang macho eh...memang tenang orangnya...

sambung lagi...

happydaily said...

kelakar..haha..& mesti la nak tau lagi..hehe