Thursday, 25 February 2010

India Episod 2

Tiba-tiba terjumpa video lagu cerita Mohabbatein yang paling aku minat antara cerita-cerita Hindustan yang lain. Agak-agak dalam 10 tahun yang lalu. Hahahaha. Oh berbalik kepada aku yang dah tak sabar nak bercerita apa yang berlaku seterusnya di bumi kelahiran Mahatma Gandhi ini. Apa yang aku perasan India ni kan, budaya mereka sangat kuat. Begitu payah aku nak cari minah-minah yang pakai baju selain Saree. Sebesar-besar India ni, kau boleh kira dengan jari berapa ramai yang tak pakai saree.
=P
RANDOM FACT : Agama utama penduduk India adalah Hinduism, Buddhism, Jainism dan Sikhism.

HARI KEDUA

Masuk kereta api, aku seolah-olah budak kecil yang baru tengok binatang kat zoo. Kagum. Mungkin sebab ini kali pertama aku naik kereta api untuk bermalam. Ok, kami dapat tempat seolah-olah macam bilik tapi ditutup dengan langsir sahaja. Bayangkan je lah ada dua katil double decker yang menghadap antara satu sama lain. Aku dengan Kakyah mengambil tempat kat atas. Memang sangat buruk cara kami naik sebab pada awalnya tak jumpa tangga yang kat tepi tu. Kangkang macam spiderman. Ish. Jadi lepas naik, aku hantar sms dan set jam loceng nak bangun pukul 5 pagi sebab kami dijangka tiba kat stesen Udupi tu pada pukul 7 pagi. Takut tertinggal punya pasal! Akibat terlalu penat perjalanan, selepas diberi selimut, cadar, bantal. Tanpa berfikir panjang, aku terus tidur. Tak sangka sangat selesa. Betul. Selesa. Aku pun tak pasti samada sebab penat atau memang perkhidmatan kereta api yang menjadi perhubungan utama India ini yang paling canggih. Laju. Lagi laju kot dari LRT kat Malaysia.



"Et, dah sampai dah?"

Aku tengah tidur dengan nyenyaknya dikejutkan dengam Mak yang panicked-button dia belum di switch off kan lagi. Aku pun dengan mamai tengok jam kat handphone yang aku dah tukar ikut masa di India, " 1.18 a.m". Aku pun tak percaya tengok jam kat tangan, baru pukul 1 nih. Mak. Mak. Sambil gelengkan kepala, belumlah. Dan jam seterusnya aku tak dapat tidur nyenyak sebab Mak asyik ulang soalan yang sama setiap jam. 2 pagi. 3 pagi. 4 pagi. Akhirnya pukul 5 pagi jam loceng handphone aku mula memekak untuk mengjengkelkan semua penumpang kereta api. Aku dah tak sedarkan diri. Penat layan Mak yang bangun setiap jam. Pukul 6 pagi bangun nak pergi tandas. Mak kata takde air, jadi kena bawa air mineral. Payahnya. Rupanya kami tak reti nak pasang paip yang sangat aneh kiranya. Tandas dia ada dua jenis, kau boleh pilih kau nak pergi mana. 'Western Style' atau 'India Style'. Hehe.



Indian Style

ATAU



Western Style




Ketika itu, kami dah nampak cahaya matahari dan terus solat Subuh secara duduk. Ok. Tak lama lepas tu, lepas dah gelak-gelakkan kisah Kakyah semalam aka kisah drama tamil yang kami berjaya menghayati wataknya, dan akhirnya kami tiba di Udupi. Udupi adalah 5 minit perjalanan dari Manipal. Kami turun, cuaca sangat redup, dan sejuk sebenarnya. Dari jauh, nampak pasangan suami isteri yang paling aku suka dan sangat aku rindu. KAKAF! Kakaf dan Bubu datang amik kami dan bawa kami ke rumah mereka di Manipal dengan menaiki sebuah motorsikal teksi dan Kakaf dan Bubu naik vespa. Dan itu pertama kali aku melihat ciptaan yang sangat unik. Auto-rickshaw. Kenalkan, benda paling aku suka bila berada di India. Dan jangan lupa, pemandu India adalah yang terhebat! Mendebarkan seluruh penumpang. Itu kita cerita nanti. Setelah pemandu mengganguk tapi macam geleng dengan arahan untuk membawa kami ke Anirudh Apartment. Ngeng, ngeng, ngeng. Kami pun gerak.



Auto-rikshaw kesayangan

Kisah cinta pandang pertama aku pada auto-rickshaw ni memang takkan aku lupa. Jadi aku naik dengan Abang Nal dan Kakyah naik dengan Mak. Naik je benda alah ni, kau akan rasa macam kau naik roller coaster tapi kau tak payah beratur panjang-panjang kat Times Square mahupun Genting Highlands. Aku taktahu lah samada kehebatan pemandu ni atau jalan yang berlubang ni sampai aku mampu memberi anugerah Roller Coaster paling ngeri. Paling best, team aku dengan Kakyah seolah-olah mahu mendapat tempat pertama dalam lumba kereta Daytona. Bayangkanlah sendiri. 5 minit serasa macam 1 jam dan akhirnya kami tiba di sebuah bangunan apartment. Kelihatan ada tanah lapang macam kat padang pasir. Tertampal di hadapan apartment, 'PESTICIDE'. 'Oh, apartment ni nama Pesticide, Eh bukan diorang punya nama apartment Anirudh ke?' Tanya aku dengan bodohnya. Tiba-tiba kena ketuk kepala, 'Ish, tu iklan racun perosak lah, bukan nama apartment'. Memang jahil. Aku, Mak, Kakyah, Abang Nal, kicap, budu, sup bunjut, maggi, sos menanti kedatangan Kakaf dan Bubu dengan sabar. Lama. Tunggu. Sabar. Dan baru sedar, pelumba-pelumba lari tu telah bawa kami ke apartment yang salah rupanya. Cets, tak guna. Mujurlah kami terutamanya aku memakai baju yang berwarna sangat menyerlah, dan Kakaf nampak kami dari bangunan apartment yang berada 50 meter dari kami. Terpaksalah kami berjalan lagi. Kami belum tiba. Masih dalam perjalanan.

Kami sesat depan apartment Pestiside





Dan kami tiba akhirnya. Akhirnya. Tiba. Setelah dua hari berjalan. Masuk rumah, mak-panicked button dah off. Akhirnya. Dengan semangatnya buka beg kicap, budu, megi, sup bunjut dan kawan-kawan. Ok, dan kami makan Spegeti yang Kakaf dan Bubu masak. Yummy. Favourite! Tengahari pasangan suami isteri ni pun bawa kami makan di sebuah restoran India tapi modern sikit, Snack Shake. (ala-ala macam nama Laksa Shake ek). Makan. Aku memang tak berminat dengan makanan. Aku lagi berminat dengan auto-rickshaw. Haha. Petang itu kami pergi lagi stesen Udupi pada pukul 3 petang untuk ke Goa dan berhenti di stesen Madgaon. Bak kata Kakaf, "Itu je lah tempat perlancongan yang paling dekat yang Kakaf boleh bawak". Dekat? Berapa kilometer? Berapa lama jam? Dan kereta api itu tiba pada pukul hampir pukul 5 petang. Tapi langsung tak rasa lama. Borak dengan sekuat hati sebab takde seorang pun paham walaupun sangat ramai. Tapi semua pandang kami dengan peliknya. Ketika itu juga, kami gelak kerana kejahilan kami yang tak reti bukak paip India ni setelah dijelaskan cara-cara nak bukak paip oleh Kakaf. Manalah aku tau, kena tarik injap dia ke atas. Kreatif sungguh. Borak dengan tololnya, Gedong. Gedong. Gedong dan akhirnya kereta api pun tiba.

Menanti kereta api sambil buat lawak bodoh

Bermulalah semula perjalanan kami dalam kereta api lagi. Lagi. Pada awalnya, kami borak dan borak dan tiba-tiba semua jadi macam mengantuk. Sedangkan dah banyak tidur dalam keretapi semalamnya. Apa yang penatnya? Perjalanan. Disebabkan berlari lumba lari kisah nak tertinggal keretapi tu yang aku tak buat warm-up tu, aku mengalami sakit belakang dan menjadikan itu alasan untuk baring kat katil. Sedangkan takde siapa pun naik katil ketika matahari masih kelihatan. Hahaha. Kami peduli apa. Diikuti dengan Kakyah yang tidur macam penyu, Mak dengan Abang Nal oh dan jugak Kakaf. Orang India perhatikan kami dengan peliknya. Kami peduli apaa~


For my question above, it is appoximately 300 km from Udupi and nearly 5 hours due to the delayed. Kami teruskan perjalanan kami. India adalah perjalanan. Hidup adalah perjalanan. Nantikan kisah kelakar kami pada episod akan datang, di hari yang sama, pada jam yang sama, di depan komputer anda. Hahahahaha. Kalau aku rajinlah.

12 comments:

Lt. fDanialz said...

mak sangat kakor bangun tiap2 sejam.. dengan panic button mak tu hek3...

episod 2 pun bes gak..

Lt. fDanialz said...

one more thing, gambar last skali tu pn kakor dengan nal dan af gelakkan mak yang "bosan nak layan anak2nya"

z.s said...

Fais, tu bukan Kakaf lah. Itu Kakyah lah. Siapa lagi nak buat lawak bodoh kalau bukan Kakyah?
hahaha

yuri said...

mak pun jadi bahan juga?

L@Ks@mAn@ Sp@rrOw said...

seronok gak...yeringat lak citer mohabbatein baru tgk semula aritu...mmg mencabar perjalanan ni~~

Irs ♥ said...

best best best!
nk tau sambungan strusnye jgk :)
p/s: zety,leh bt novel nnt.tajuknye 'org kl msuk india' :p

. sifa . said...

hak hak
best
nama apartment tu tak tahan
pesticide :)

z.s said...

L@Ks@mAn@ Sp@rrOw,
memang. berbalik kepada tema cerita nih, India adalah perjalanan semata2. hahaha

Irs,
ok dear. Orang KL masuk India? Macam rusa masuk kampung. hahaha

Timah,
tu bukan namaa. tu salah tengok iklan racun perosak. sungguh memalukan. haha

. sifa . said...

oh yeke?
hak hak
maaf maaf
bukan pesticide ae?

atikah ara said...

oh besnye ^^
lagi lagi~

kimci said...

good with some jovial senses, i enjoyed reading it..
women in sarees.. and i m wandering about the men usual attires? do they put on clothes like those priests that we often see in Batu Caves back home.. or are they with just piece of white cotton cloth wrapping important body part?

Samwan said...

ni entri yang menarik.. ad episod 1 tak