Thursday, 11 March 2010

Mak

Mak,
sedikit pun et tak berputus asa
Biar nampak hina di mata orang
tapi ikhlas di mata Allah
itu lebih utama
memang et tau betapa banyak kelemahan diri
yang selalu dijadikan bahan perlekehan sesetengah orang
tapi dengan kelemahan kita akan bangun, kan?
Mak yang cakap,
kekuatan datang dari diri sendiri
dan et percaya
dan et berjaya sebenarnya melawannya, mak
Mak,
mungkin anak mak sorang ni langsung takde kelebihan
tapi et yakin Allah jadikan et macam ni
sebab nak et berusaha sehingga titisan darah yang terakhir

Mak,
et tak perlukan sesiapa
kecuali Allah.
et tak pernah keseorangan
sebab Allah selalu ada tanpa et sedar
Mak cakap,
ni ujian Allah, sabarlah et.
bila mak cakap macam tu, et menangis
sebab banyak dosa et sebab dah melalaikan Dia
tapi mak cakap,
Allah tak pernah tinggalkan hambaNya
tapi hambaNya yang selalu tinggalkan..
tu tanda Allah sayang...
dan et menangis dan menangis...

Dan memang, et takkan putus asa.
sikit pun takkan.

3 comments:

Irs ♥ said...

i ♥ u too mom T__T

Moyes said...

Dear ZS
Congratulations for obtaining a sound spm result!
Its just the beginning actually, make best choice for the path to the future
& enjoy life to the fullest
May ALLAH bless u

Lt. fDanialz said...

haha lawak lak tibe2 ada omputih anta iklan kat blog 80 nih...

(anyways, you have been tagged)
Anda di tagged. Sila lihat apa yang terjadi