Tuesday, 5 October 2010

Jiwang~

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi


Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini


Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca


Oh teman, maafkanlah diriku


Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya


Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


-Sahabat Sejati-UNIC


Sangat sibuk. Yeah.
Nasib baik ada kelas IT ni.
boleh lah aku meluahkan perasaan sudah sekian lama
menjadi salah seorang orang gila di UM ni.
ngeh. ngeh. ngeh
Sumpah rindu kat maahad.
Makin hampir dengan exam ni,
menjad-jadi rindu aku pada kawan-kawan aku.
Tapi aku takkan menangis kerana sedih merindukan mereka
tapi aku sangat gembira atas perasaan ni.
Ayat apa aku susun ni.
Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku jadi jiwang semacam.
Ngaha ngaha ngaha.
Tak habis-habis dengar lagu UNIC yang jiwang.
ngeh, dulu aku menyampah.
kau tengok. aku addicted pulak.
Ouh, terima kasih kepada celcom yang bagi aku 2689 free sms
DALAM MASA 24 JAM SAHAJA.
nak sms semua budak pasum yang ada 1000 pun tak habis.
pandai celcom buat marketing.
cepatlah, aku nak tukar nombor maxis.
Apapun best jugak. dah seratus aku guna.
dapat jugak hilang rindu kat kawan2.
haha. hebat. semua orang yang aku sms tanya,
"apa kes kau sms aku ni?"
hahahaha.
memang takde kerja!
Aku rasa macam nak suruh orang nyanyikan aku lagu 'Insan Bernama Kekasih".
Hahaha.

1 comment:

صديق حقيقي said...

يكون ذلك صحيحا لعملكم ، كلمتك ، وصديقك.
(Ouote من هنري ديفيد ثورو)