Saturday, 18 December 2010

Hari yang panjang

Telah 11 hari berlalu.

11 Muharam 1436

Bermula dengan jam 5 pagi, aku dikejutkan dengan 1 SMS yang memberi impak yang sangat besar kepada diri. SMS yang dikirimkan oleh teman baikku di UM yang niatnya hanya untuk meluahkan kegusaran hati yang menimpa dirinya. Sudah tentu, aku ada buat kesilapan pada dirinya.

Ya, disebabkan mulutku, badanku menjadi mangsa. Mulutku bertindak lebih pantas dari pergerakanku. 

Dan bermula itu jam 5 itu, setiap kali aku berseorangan aku akan menangis. Menangis bukan kerana dimarahi, tetapi menangis kerana begitu kesal atas apa telah aku lakukan. Saat itu, aku memang tak mampu memaafkan diri sendiri. Dan saat itu juga, aku teringat kisah 11 hari lalu.

Memang silap aku. Perahu boleh diundur, tapi kata-kata pula tak dapat ditelan semula.

Untuk hari itu, aku menjadi bukan diriku. Mendiamkan diri dan bermuka monyok sepanjang hari, dan aku tak sangka ramai lagi yang perihatin dan bertanya, "kau ok?". Hahaha.

Hendak diceritakannya, SMS kawan aku itu sebenarnya perantaan antara aku dan hidayah Allah. Mungkin sejak kebelakangan aku sangat gembira. Taktahu kenapa. Ada lah tu peringatan kepada kita yang lalai. Lantas aku berterima kasih kepada kawan aku tu. Tanda kasih-Nya berpanjangan. Masih ada yang mahu menegur diri. Tandanya, Allah ingin berperbetulkan apa yang tidak. Jangan gusar, usah ragu. Yakin, ada sesuatu yang tersangat indah ingin Allah beri kepada kita.

RESULT

Penantian sungguh menyeksakan. 6 minggu kami menanti. Akhirnya. Sebelum aku mendapat result, aku masih ingat, kawan aku ada menasihatiku, katanya :

"Sama ada result kau bagus aku tidak, yang paling penting tindakan kau selepas dapat result tu. Kalau kau dapat result 4-condo pun tapi lepas tu kau berbangga, dan kalau kau tidak mendapat result yang kau harapkan tapi lepas tu kau menyalahkan diri serta dalam masa yang sama kau menyalahkan Allah. Zetty, redha setiap ketentuan-Nya. Sungguh, Dia tersangat-sangat tahu apa yang baik untuk kita sedang kita tak suka"

Alhamdulillah. Bila aku melihat slip peperiksaan tu, aku gelak. Aku cakap kat diri, "haha, usaha kau ah weh. Comel !" Aku tak dapat 4-flat~ hahahahahaha. Tahniah, Zetty. Kau memang tak pernah hampakan aku. Sayang kau. Macam gila.

Tapi sedang aku berasa kesyukuran, aku tidak prihatin kepada perasaan kawan-kawan aku yang sangat kecewa dengan keputusan tersebut. Sedangkan, result aku lagi teruk =P Kalau ada yang membaca, aku hendak memberi pendapat, 

'Rasailah kesedihan, rasailah kejatuhan, biar kau bangun supaya menjadi lebih hebat. Masih terlalu muda untuk rasa berputus asa. Malah, sehingga nyawa lagi sedikit dicabut oleh malaikat Izrail, jangan putus asa. Mungkin korang teringin sangat amek medic, dentistry dan sebagainya. Aku pun nak. Tapi yakin, Allah akan bantu. Kita tahukan, Allah tak lihat apa yang ada dalam slip peperiksaan tu tapi Allah menimbang beratnya peluh-peluh usaha kau menghadapi saat-saat kesusahan. =) Jangan rasa Allah tinggalkan kita. Sesaat, senafas tak pernah ! Tapi kita yang selalu lupa pada-Nya. Saat susah begini, yakinlah... Dia sedang melihat dan menduga kesabaranmu, kesyukuranmu. Comel, Allah sedang memberi ujian kasih-sayangNya. aaa sweeeet~




Dan untuk dia, aku minta kemaafan atas keterlanjuran dalam kata-kata aku. 

Minggu depan ada 4 test. UM. UM. kau nak sangat en aku dapat 4-flat. huuuh~

2 comments:

Fariza AT said...

'Rasailah kesedihan, rasailah kejatuhan, biar kau bangun supaya menjadi lebih hebat. Masih terlalu muda untuk rasa berputus asa. Malah, sehingga nyawa lagi sedikit dicabut oleh malaikat Izrail, jangan putus asa' suka! ^^ terima kasih! ^^

Z.Sofia said...

Hehe. aku juga suka kalau kau suka !

selamat berjaya Ijat!