Saturday, 8 January 2011

ABJZ


Baru-baru kolej memang kecoh dengan kedatangan bidadari dari entah mana. Oh. nama dia Bidasari dan dia bukan bidadari. Ha. Cerita pasal ini, aku taknak bukak. Penat dah cerita pasal dia.

Remaja --> Dewasa

Oh. Aku hampir-hampir menjadi ahli Sahabat Pasum. Sahabat ni ala-ala macam badar kat sekolah. Ha. Kenapa takde PRS kan? Mesti aku nak. Mulanya, aku cakap dengan kawan aku nak join sebab ingat diorang ni nak pergi program 'Anda Bijak Jauhi Zina' beramai-ramai. Naik bas sama-sama kan. Itu yang aku mintak borang sebab aku dengar diorang asyik cakap ABJZ je. Tapi aku macam pelik bila diorang bagi borang dan cakap nanti ada rondaan. Aku dah mula, "Ha?".



Dijadikan cerita, aku tak hantar pun borang tu dek kesibukan kelas dan masa yang berlari-lari menjauhi aku. Lepas maghrib lepak-lepak kat dalam tu ramai-ramai, diorang cakap, "Eh, malam ni turn Sab kan, siapa ketuanya eh?." Aku pun, eh. Apa kebenda ni. Lepas aku soal-siasat panjang lebar, barulah aku paham. ' ANDA bijak JAUHI ZINA'. Sangat comel, pencegah maksiat rupanya. =)

Orang yang bijak kena dengar pelbagai pendapat bagi meluaskan skop untuk menjadikan sesuatu perkara berjalan dengan lebih proaktif.

Ok, sebagai bukan ahli rondaan. Bagi aku, itu adalah usaha yang baik untuk melahirkan suasana islam dalam kepesatan hendonisme yang kian menjalar. Tapi sebagai daie, kita perlu ada strategi bukan? Bijak dalam mengetuai sesebuah dakwah. Taktik, Rasulullah banyak ajar taktiknya dalam perang. Tapi sekarang, masyarakat sekarang tak nampak. Bagi mereka, 'Mengubati lebih baik dari mencegah'. Kenapa?

Sebagai contoh, Sekolah harapan yang dibuat untuk ibu-ibu muda yang tidak berkahwin untuk terus bersekolah. Ye, memanglah menyelamatkan harapan ibu-ibu muda untuk kembali ke jalan yang betul. Persoalannya, adakah itu akan menyelesaikan masalah anak luar nikah? Tak silap-silap, ada yang berfikir, 'Takpe, aku dah buat ni, mesti aku akan diselamatkan punya, aku takkan mati keseorangan'. Timbul pemikiran macam tu, bahaya.

We always take things for granted for things we had

Contoh lain, rumah buangan bayi ada kat KL kan? Tak silaplah. Sama keadaan di atas, kalau ibu-ibu muda yang tidak berkahwin ni fikir, "Aku bagi je lah anak aku kat rumah tu, hilang masalah aku". haih. Itu kalau sorang cakap, kalau ramai? Taulah kesannya kan.

Aku hanya beri pendapat sebagai remaja yang baru menjalani sesuku liku kehidupan yang masih mencari apa sebenarnya hidup ini. Apa aku ni sebenarnya.

Berbalik kepada rondaan ABJZ. Aku sangat solute untuk mereka yang berani memberi idea-idea yang bernas macam ni. Aku sendiri takut. Tapi, kita kena ambil kira setakat mana efektifnya idea itu. Aku risau sebenarnya. Risau kalau golongan-golongan ini akan mula dibenci atas usahanya untuk mencegah kemungkaran yang berlaku kepada saudara-saudara seislam kita. Niat yang baik perlu disusuli dengan tindakan yang bijak juga.

Tak dating kat tasik Kolej Kediaman ke-12, pergi jelah kat Tasik Varsiti yang luas tu.

Gitu pulak eh?

Menarik- Bukaklah =)

Dan jangan putus asa dalam usaha ni. Jangan dan jangan. Allah tengok usahanya, bukan hasil. Haih, kau ni Zetty. Banyak cakap. Apa kata kau sendiri buat sesuatu. Terlalu lemah. Kenangan lalu yang masih terasa baru sering menghantui aku. Hahahaha.

Lebih baik menyalakan lilin daripada menyalahkan kegelapan.

Hm. Tazkirah buat diri. Akhlak adalah perilaku spontan. Banyaknya kena tengok balik, kan?

9 comments:

FarizaT said...

zetty, cara ckp cm atikah. bgusla! bestny ade sahabat pasum~ ^^
dlm tabloid iluvislam, ada kata "tegurlah rakan kamu walaupun persahabatan kamu dengannya akan retak, kerana sesungguhnya teguran itulah tanda kamu menyayanginya." rasa susah nk wat benda ni sbb rakan kita xkan fikir kita syg dia, tp dia akan rasa kita jeles dgn dia atau perasan bgus. tp Allah knows better. kan2? ^^

Z.Sofia said...

haha.

tapi setiap teguran ada caranya. kita nak kesan yang berpanjangan bukan yang setakat ketika itu sahaja. kawan lagi lah memainkan peranan penting. hm.. banyak cara kita kena belajar. dakwah bukan perkara mudah.

atikah punya jauh lagi best. aku banyak ngarut ah.

iDhaM!! said...

dakwah mmg bukan prkara yg mudah p x smestinya kita kena tnggu smpai org tnjukkn kita jlan yg 100% brkesan br kita nk brdakwah... mulakn ngn cara yg kita tau dulu :-DD

az said...

makcik....link langitilahi tu dah tersalah bagi lah..check balik!haha..
~komen ntah pape..maap..hoho

Z.Sofia said...

Idham, memang jangan tunggu sampai cara yang betul baru nak buat dakwah semua. Sebab tu kita kena fikir dengan bijak cara yang sesuai, kan?
Terima kasih. Dakwahlah di mana2.

Aimi, haha. dah betulkan dah. dahdah. jangan baca blog entah apa2. baik baca blog yg banyak cerita best2. haha.

cintahati said...
This comment has been removed by the author.
amal=) said...

salam..zetty..wud be nice to meet u there..boleh jumpe maher zain..haha..
neway, xdek task force pon dekat program tu...(yg bagi2 flyers time mlm taun baru)..
dakwah itu seni..dan pelajarilah..kerana setiap manusia juga mempunyai seni2 mereka yang tersendiri..=)
'if it is not now, when?..if it is not us..who?'
p/s: nice blog..

atikah rahman said...

suke post ni, suke post hilal yg zt letak. :)

Z.Sofia said...

Aimi,
blog saya banyak entah apa-apa. Biasalah tak banyak baca buku, ilmu kurang. tapi takpe. salah satu cara nak kembangkan otak. hahaha.

Kak Amal,
nak pegi sangat. tapi time tu ada kelas sampai petang dan sangat2 terlupa hal tu. hari sabtu baru teringat..nak gak tolong kak amal buat kerja2. Now, and us? heee =)

Atikah,
haha. ada orang cakap tak sedap langsung. topik je kut best. hahaha. tapi post hilal asyraf memang terkena pada hati.ouch. haha