Saturday, 15 January 2011

Bakpo gak?

Assalamualaikum.

Post sebelum aku baru cakap pasal program ABJZ yang sedang giat dijalankan di kolej ni. Mendengar cerita ahli-ahli rondaan mengenai pasangan-pasangan serindit yang berdua-dua di tengah malam sangat mencuit hati. Macam-macam cerita aku dengar. Tak kisahlah kan, kali ni aku taknak membahaskan benda ni setelah aku berfikir seminggu, sebelum salahkan orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri. Aku suka ulang ayat ni, lebih baik menyalakan lilin dari menyalahkan kegelapan. Kata-kata yang mudah tapi beribu makna. Kegelapan. Cahaya. Baik. Buruk. Perlukah orang lain cakap kat kita, "Kakak, perkara ni salah, tak betul jalannya", baru kita nak berubah? Yang best, dah cakap macam tu pun masih berdegil, orang dah cakap, 'Cerek tu panas', 'Jangan main dengan api'. Yang degil jugak, bakpo gak. Yelah, takde thrill lah, kan kalau tak cuba, belum cuba belum tahu, tapi sanggupkah nak korbankan murka Allah demi nak main test-test. Bakpo gak?

KakYah pernah cakap kat aku, "Nanti Et keluar dunia, Et nampak dunia ni tak seindah yang disangka". Aku sendiri kalau boleh, taknak jumpa wajah dunia yang busuk. Tak sanggup rasanya. Cukuplah dengan berada dalam TV dah tunjukkan betapa ramai berhati busuk, bertopengkan haiwan. Aku takmahu. Tapi, itulah dia kuasa Allah yang mencipta kita bukan sekadar untuk melihat, tapi untuk menjadi orang yang bertindak. Nak atau tak, itu tanggungjawab.

Apa kaitan neh?

Tak, aku nak cakap sebenarnya, bila terjadinya sesuatu yang tak diingini pada kita, kita lebih banyak melihat dari satu sudut sahaja. Sebagai contoh saintifik, daun bunga tu dah menjadi kuning dan layu kerana tak cukup cahaya matahari dah mungkin tak cukup air, tapi kita lebih terdorong untuk tengok daun tu sahaja. Kenapa tak lihat akarnya? Haha. Aku nak cakap direct, tapi macam segan pulak. hakhak. Berkaitan post sebelumnya, sebelum berlaku sesuatu perkara yang tak diingini, ada kita lihat punca berlakunya perkara itu. Itu, ikhtilat, pergaulan bebas yang melanggar syariat dalam erti kata budak remaja, kapel-kapeling.


Haha, percaya atau tak. Penampilan kita ni, cara pakai baju, muka tepek bedak sejuk ke, tudung tiga, empat segii, hexagon, lagi-lagi perempuan, memainkan peranan penting dalam hal ni. Berkata si Iman, dari hati ke mata dan seterusnya. Tapi berkata pula si nafsu, dari MATA jatuh ke hati. Hanya dari mata, beranilah si jejaka untuk menegur, dari menegur, jadi kenalan biasa, terus jadi kawan baik, dari kawan baik, i love you, jom kapel, berani nak keluar walaupun beramai-ramai, lepas dah banyak kali keluar, berani keluar berdua-duaan, dari hanya makan dan study sama-sama dalam library, jadi pegang sana, cuit sana cuit sini, dari cuit-cuit, haa ! Berhenti. Aku taknak tahu seterusnya. Stress aku sepanjang minggu memikir kawan-kawan yang dah terlanjur. Bak kata rumet aku, "Zetty ni masalah sendiri dah takde, masalah orang orang lain yang disibukkan". Haha. Sebab kita kan saudara. "Jika engkau masuk neraka, aku akan tarik kau keluar, itulah kawan yang sayang lillahitaala". Cukup kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu nak halang, cukup kecewa sebab buntu. Apa patut aku lakukan?

Apa yang aku tahu, kalau kita bersungguh-sungguh untuk keluar dari jalan yang mendapat kemurkaan Allah, kita akan berjaya. Mintaklah doa banyak-banyak-banyak-banyak. Lindungi hati, iman. Jangan cuba cari alasan. If you want it, then make it. Sebenarnya takde alasan lagi. Yelah, slowly. Ok. Slowly. Allah akan ampunkan dosa orang yang bertaubat,kan? Percaya dengan janji Allah. kalau kita jauhi perkara dibenci-Nya, pasti Dia akan beri lagi lagi lagi perkara baik. Allah Maha Pemurah, tak pernah sedikit berkira dengan kita. Dia bagi Mak, dia bagi kawan yang best macam Fatimah dan Hidayah, Dia bagi makan char keuw tiaw. yang paling best, Dia terus-menerus beri kasih sayang-Nya melalui pelbagai bentuk. Rahmat, ujian, nikmat, dugaan.
=)

Special post for you, my good friend. I will take care of you. =)

Aa. Rindu sangat Hanzalah. Macu nak makan pipi Hanzalah.

4 comments:

Fariz Danial said...

fais suka dua latest post 80 ni.. tentang abjz

jarang ada post mengenai idea mencegah maksiat, tapi 80 dah buat dulu. biarlah orang cakap kita ni kuno sebab tak bagi dating, walhal kita ni sebenarnye adalah 'rescue ranger' ramai orang di neraka.


note : hanzalah nak jumpa fais petang ni he3

Fariza said...

suke post ni! memang sgt ramai kata dunia sebenar tak se-islamik yg kita pernah lalui kat sek. kat dalam nasyid pun da crite psl tu. sbnrny, even kat sek pun ada je budaya2 yg nk rosakkn suasana islam. biarla kita jadi golongan minoriti yg xreti couple sblm khwn, tp jd golongan majoriti yg cari redha Allah.

katanya wanita fitnah dunia akhir zaman. tp kita kena berusaha kita xtergolong dlm kalangan mereka. rasa sgt sedih dgn diri sendiri juga sbb hny mampu mencegah dgn hati. semoga Allah kuatkan iman kita semua. insyaAllah.

*zetty, ckp byk3 lg tau. hee

Zackyun said...

Dia bagi kakak yang sama bengong macam adik dia...

DIA bagi peluang untuk orang macam kita, berlajar dari kesalahan orang lain, terlalu frantic lalu buat salah lain tapi not that bad sangat...

DIA bicara directly pada kita, pada hati.

DIA sayang kita.

kita sayang tak dia?

Z.Sofia said...

Fais,
kuno tapi Allah suka. Tu kita jangan peduli pun apa orang nak cakap, tapi peduli apa Allah cakap. Jom Fais, kita date ~ Nanti Et g UPM. Ha ha ha

Ijat,
Kalau pun kita dah berjaya mencari jalan keluar, jangan kita lupa pada kawan2 kita yang merasai perasaan seperti kita dulu. haha. Kita kan bersaudara. kan kan. InsyaAllah. risau jugak. kita akan jatuh, tapi itu guna akhwat untk bangunkan semula =)

Kakyah,
When U fall apart, I offer my hand,
When I fall apart, u hug me and said, "everything gonna be fine dear, Allah always with us."
Because Allah do love us, kakyah <3
(budak band 3 bila tulis english,hampeh!)