Sunday, 1 May 2011

Murabbi

Pengajar mahupun Pendidik?

Minggu lepas, sempat juga pergi ke sekolah lama yang memberi seribu makna dalam kehidupan aku. Walaupun aku adalah orang yang entah apa-apa kat sekolah tu kan. Ah ha. Sekarang pun masih entah apa-apa, tapi InsyaAllah ada peningkatan. Terjumpalah aku dengan seorang cikgu yang memang rapat, berbincang hal itu-ini, terbukalah kisah tentang ex-sekolah yang sekarang ini sangat menghampakan. Aku soalkan hal itu pada cikgu tu, "Cikgu, tak rasa sedih ke tengok anak murid cikgu yang cikgu didik tak menjadi seperti yang cikgu harapkan?". Dia jawab, "Ikut suka dialah, diorang dah cukup besar nak fikir, tanggungjawab cikgu setakat diorang kat sekolah je." Aku terdiam. Lama. Ini pertama kali aku tak bersetuju dengan apa yang cikgu tu cakap. Lama aku berfikir. Mungkin cikgu-cikgu ni dah penat, banyak sangat usaha yang mereka buat, tapi apa pun tak jadi. Mungkin cikgu-cikgu ni dah malas nak ambil kisah, 'diorang' dah besar, kan?

Iya lah. Aku mungkin masih berdarah muda. Masih begitu semangat mahu mengubah apa yang mampu. Cikgu-cikgu dah berpengalaman, mereka lebih tahu priority nya, lebih tahu apa yang baik dan buruk, lebih bijak membezakan hak dan batil. Sedang aku masih perlukan pengalaman itu untuk menjadikan aku lebih bijak menghadapi apa yang berada di hadapan. Tapi, persoalannya, guru hanya pengajar atau pendidik?

Murrabi

Setakat apa yang aku tahu, murabbi bermaksud pendidik yang meliputi kerja melebihi muallim(pengajar). Sangat membuka fikiran aku setelah baca buku 'Beduk Diketuk' oleh Ustaz Pahroul Joui. Apa beza pengajar dan pendidik? Samalah juga konsep tahu dan paham. Analogi yang mudah, bila kita baca buku Physick untuk exam, sama tak bila kita baca novel tacing-tacing sampai menangis-keluar-hingus? Lainkan? Kita lagi ingat buku novel tu lagi dari buku Physick tu. Kan? Perlu dengan sangat untuk sentiasa soal diri kita, kita baca al-Quran sebab paham atau tahu? "Aku tahu aurat tu kena tutup semua kecuali muka dan telapak tangan" tapi masih juga berpakaian tudung ikan yang diikat di leher. Jika kita benar faham mengapa Allah suruh benar kita tutup aurat, dengan mudah kita akan ikut cakap Allah tanpa ragu-ragu. Aurat bukan sahaja untuk melindungi pandangan orang pada kita tapi juga melindungi pandangan kita pada orang. Woha ! Tak percaya? Percaya dan fahamlah. Allah sudah susun dengan cantik apa yang kita perlu. Sebab kenapa Allah suruh dan tekankan sangat hal aurat bukan untuk menutup fizikal badan kita tapi sekaligus melindungi rohani kita. Allah tahu dengan sangat kita ni manusia yang lemah dah tak berdaya nak tolak godaan duniawi bila kita dalam keadaan itu. Tahu, fikir, faham, percaya, yakin.

Kita takboleh nak salahkan guru atas apa yang berlaku pada masyarakat kita yang makin mengharu-birukan mata kita kini. Betul, menjadi guru sangat mencabar. Tanggungjawab yang besar. Banyak terima kasih untuk cikgu-cikgu kita yang mengajar kita sehingga kita ke tahap ini. Persoalan yang banyak tadi masih belum dijawab. Menjadi guru yang mengajar dan mendidik adalah sangat berbeza. Mengajar, hanya di buku, mengikut silibus, terhad masa mengajar, berada dalam waktu sekolah sahaja . Mendidik, tiada atau ada dalam buku teks, kadang-kadang je ikut silibus, masa yang tidak terhad, indoor mahupun outdoor mahupun kat mana-mana. Dan banyak lagi sebenarnya. Tapi yang perlu diberi perhatiannya adalah matlamat kedua-dua pekerjaan ini. Apa matlamat mengajar? Nak habiskan silibus dan sebagainyalah. Apa matlamat mendidik? Nak pelajarnya menjadi orang yang berguna. Duniawi dan ukhrawi.

Aku teringat cerita Sang Murabbi dan Murabbi. Dua-dua ada dialog, "menjadi murabbi adalah mendidik mereka hingga tamat hayat hidup kita". Mengajar hanya boleh mendapat gaji. Tapi mendidik boleh mendapat keredhaan Illahi. Woah~ Tapi mendidik sangat mencabar. Jalan yang begitu dibenci oleh manusia yang hanya mahu hidup dalam kesenangan. "Syurga itu terlalu mahal untuk manusia yang tidak berusaha ke arahnya".



Murabbi
Kisah cikgu kaunseling menjaga ibu-ibu muda tanpa suami



Sang Murabbi
Indonesian made. Kisah benar mengenai Ustaz Rahmat Abdullah.

Jadi apa kaitan aku, kau, mereka dan kita? KITA? Aku, kau, KITA bukan cikgu pun, apa kes aku kena tahu mendidik pulak? Mari kita buka minda, mendidik bukan hanya bila kita beranak, wek wek dapat anak, ABC, Alif ba ta . Sedarkah, diri kita juga perlu dididik? Kalau tak didik, hmm ehem ehem lah jadinya ! Selepas melepasi tahap itu, kita ada tanggugjawab yang lebih besar. Apa?

Ehem. Ada kahak. Ehem. Banyak pulak.

Nahnu dhuat qabla kulli sya'i..
Kita adalah daie sebelum apa-apa pun.

Kata-kata ustazah Salahwahiu ni sangat merentap jantung. Aceh~ Kita berperanan adalah daei sebelum kita berperanan nak menjadi apa-apa, anak kah, murid kah, ibu kah, isteri kah, suami kah. Sangat perlu kita menjadi daei untuk mendidik bukan sahaja diri kita, malah kawan, mak, abah, kakak, adik, abang, gudboi. Bukan menjadi daei itu kena amek course pengajian agama Islam, ustazah. Tapi dengan menyampaikan hanya satu ayat pun boleh menjadi daie ! Senang, kan?

Apa penting menjadi pendidik pada masyarakat? Banyak kepentingannya kalau kita boleh fikirkan. Tapi yang paling utama adalah untuk memberi kefahaman yang sangat untuk satu perkara. Bukan hanya untuk ilmu pengetahuan semata-mata tapi juga untuk diamalkan. Supaya masyarakat FAHAM apa yang Allah suruh untuk kita.

Contoh murabbi yang banyak berjasa pada kita dan hidup kita, Siapa?

Rasulullah . Rindulah. . .


4 comments:

iDhaM!! said...

nice :')...

Si Matahari said...

jazakallah khairan kasiran [=

Anonymous said...

struck straight...thanks...

mutiara said...

aspiringly