Thursday, 30 June 2011

Batu Pertama


Wah ! Lama tak merepek kat sini. Hehe. Biasalah, kepenatan pulang dari PERSIS. Cehh alasan bagai betul. Apapun, best pergi PERSIS tu. Tapi kalau best pun tak guna kalau kita tak ambil ibrah dan tak amalkan resolusi tu kan? Aku suka sangat keadaan kat sana.


SUASANA


Blessed Circle


Seawal jam 4.30 pagi dah bangun untuk persiapan diri, mandi pagi-pagi, FRESH ! Kul 5 dah turun surau buat qiamulail secara fardi. Alhamdulillah! Memang tahajud crunch ! Nanti aku citer kenapa tau. Dalam pukul 5.45 pagi, subuh dah masuk dan sempat buat solat sunat qabliah Subuh dan solat Subuh berjemaah dan mathurat sengguk-sengguk. Sejurus lepas tu ada tazkirah, pasal sahabat nabi. Hah ! Aku paling suka hari Jumaat sebab cerita pasal Saad bin Abi Waqas, ah hero ! Dalam pukul 6.45, sesi hafazan. Ha, ni memang baru bagi aku. Alhamdulillah, aku touch up kan balik surah-surah lazim yang compang camping. Yeah, selama 5 hari, berjaya hafal surah baru ! Surah Al-Bayyinah dan Al-Alaq. Ah, itu pun masih belum lancar. Bak kata kat Munsyirah, “Bukan berapa banyak kita kena hafal kat PERSIS ni, tapi momentum untuk terus menghafal sehinggalah kita balik ke rumah.” Sejurus, aku balik bilik dan siapkan diri untuk next program, sempat buat solat sunat Dhuha. Hee. Dan jangan lupa Mutabaah Amal yang diajar, zikir 100 kali. Hee. Tiada masa untuk berehat. Tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada pun. Apapun, aku suka suasana cintakan ibadah macam ni !


PERJALANAN

Bukan pentingnya destinasi tu, tapi pentingnya perjalanan itu. Jarak perjalanan

dari Kolej ke Masjid sebenarnya jauh, untuk orang yang tidak biasa berjalan jauh. Haha. Sarapan dan terus ke Dewan Senat di Canseleri UNISEL. Hari pertama, cerita pasal “Interaksi dengan Al-Quran” dan kuiz. Kuiz ni memang best ! Aku baru tau siapa nama arkitek yang menciptakan piramid. Haha. Siapa? Jeng jeng, namanya Haman. Yeke? Iye, cek al-Quran surah al-Qasas ayat 38 dan surah al-Ghafir ayat 36.

Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang

yang berdusta” [28:38]

Dan Firaun pula berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) [40:36]

Okehh. Itu hanya contoh ~ Banyak lagi soalan yang dah tau tapi lupa, dan yang langsung tak tahu ! Hee, malam tu belajar pasal Tafsir Al-Quran dari surah An-Nas hingga surah Al-Kafirun. Esoknya hari Jumaat, belajar pasal Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis. Haih. Benda yang dah belajar kat sekolah dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, cane boleh lupa? Astaghfirullah, Allah, ampuni aku atas ilmu yang aku belajar tapi tidak amalkan. Malam, sempat cover hadis 1 sampai 3. Hee. Yang ni memang best, sebab aku dapat relate dengan kehidupan seharian. Aplikasi. hee. Hari Sabtu, huuuh. Bab yang berat dan aku baru tahu. Usul Isyriin. Usul 20. Cetek sangat ilmu aku, kena kaji balik. Sebab aku tak paham. Benda baru yang penting ! Aku cerita overall, kalau ada kesempatan, nak share jugak dalam blog Matahari Matahati kan? Hee, InsyaAllah. Dakwah di mana-mana pun boleh, kan?


AKU DAN PERSIS

Yeah, aku nampak tinggi di situ ~

Hari pertama, aku rasa gundah gelana. Hari kedua, dah kurang gundah gelana. Hari ketiga, subhanallah ! Ketenangan yang Maha HEBAT ! Allah MAHA PEMURAH. Jangan harap untuk mendapat apa yang kita nak kalau baru buat sekali. Usaha itu Allah tengok samada kita akan teruskan meminta pada-Nya atau tidak. Dalam waktu kita tengah berusaha sungguh-sungguh tu, mesti ada satu masa kita akan rasa susah. Percaya atau tidak, itu ujian yang Allah selitkan. Nak tengok kesanggupan kita untuk Dia atau tidak. Sebab itu pentingnya niat untuk setiap amalan. Untuk isi masa lapang? Untuk teman kawan? Untuk ikut cakap murabbi? Atau untuk Allah semata-mata? Allah ghoyatuna . InsyaAllah. Untuk Allah, matlamat kita. Baru kita akan dapat hadapi dengan baik, InsyaAllah.

Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman. [3:166]


SELEPAS PERSIS

Pulang dari PERSIS, aku risau dengan sangat. Kalau aku boleh istiqamah macam tu. T__T susah… Tapi aku selalu motivate diri aku,“Tak boleh kejar semua, buatlah satu, itu dah cukup bagus”. Sikit tapi insyaAllah berterusan. Bukan kuantiti yang penting tapi kualiti ! Chayok ! Sambil tengah suapkan Hanzalah makan, aku cuba baca kat dia surah-surah yang sedang dihafal. Sambil Hanzalah pandang aku dengan mata bersinar-sinar. Lama. Hee, Hanzalah faham ye, Macu baca apa? Hehe. Apapun, setiap orang akan menghadapi pengalaman yang berbeza. Tiada guna kita cemburu pada orang itu hanya kerana dia dapat pergi banyak program, kita tak. Heee, siapa sangka, menjaga Hanzalah itu juga adalah tarbiah buat diri Macu. Kita akan rasa nak didik budak tu jadi Soleh macam pejuang-pejuang Islam, mengikut jejak langkah Rasulullah dan sahabat-sahabat. Ah, itu baru anak buah. Teet. Macu ni baru sorang anak buah, tapi kecoh macam dah 11 anak buah. Sambil jaga Hanzalah, aku selalu bebel kat Hanzalah, “Hanzalah jadi macam ni…bla..bla..Allah suka orang…bla..blaa..”. Teringat lagi, Nahnu dhuat, qabla kulli syai’e. Sebelum jadi Macu, kita adalah pendakwah. Cewaahh! InsyaAllah.


APA BEZA SEBELUM DAN SELEPAS PERSIS?

Ah, risaunya soalan tu. T__T Bagi aku, ini hanya permulaan untuk meneruskan jalan ini. Aku sedang membina batu-bata. Dan aku akan banyak mengikuti program yang berlainan. Ini baru satu batu, dan aku perlu teruskan mencari beribuan dan berjutaan batu. Tapi langkah yang pertama itu penting. Jika tidak, selama-lamanya kita takkan langkaui penghalang itu. Apa aku cakap ni. Tak paham ! Dan perubahan secara sikit tapi berterusan itu lagi Allah suka berbanding perubahan drastik tapi setakat itu sahaja. InsyaAllah. Allah ghoyatuna ! Bukan pandangan dan redha manusia yang kita perlu tapi pandangan dan redha Allah itu yang perlu kita kejar ! Kerana ibadah kita, hidup kita dan mati kita hanya untuk-Nya. Allah ghoyatuna !


Nota berbulu kaki : Mulanya nak sorok cerita ni kat Tumblr tapi terbayang muka kawan-kawan yang teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Walaupun tidak ceritakan lagi isinya, tapi gambaran itu penting. Hee. Umi, mesti nak bacakan apa Ucu tulis. Ah, rindu kat Umi ! InsyaAllah, Allah beri kesempatan itu.



Lagu Fofoler kini. Bercakap mengenai percaya. Setakat percaya, memang boleh. Tapi yakin? Adakah kita yakin, kita akan menerima ketentuan Allah secara baik? Cakap memang boleh, tapi cuba rasakan.


1 comment:

Saydatul said...

salam zetty...study molek2 ya...hehe, kak fida bru nk mulae bblog ni, follow akk bleh? http://pdah-loves-buns.blogspot.com/ hehhe syukran...