Sunday, 14 August 2011

Ruang Kosong Dalam Hati?



14 Ramadan 1432 H

Hm. Memang benar, kalau mahu berubah menjadi baik, kita perlukan persekitaran yang baik jugak kan. Kalau tak, memang susah. Bukanlah mustahil, tapi susah. Hm, orang yang mencipta alasan memang selalu tak berjaya. Haha. Alhamdulillah, aku masih berada di muka bumi dengan merasai cinta-Nya. Walaupun kadang-kadang masih ada lagi nafsu diri untuk menjadi egoistik terhadap perkara kebaikan. Wah, ayat apakah? Dan aku sudah lama membisu, luar daripada kebiasaan aku di alam maya ini. Hm, aku rasa kekok pulak. Taktahu, lama tak menulis. Mana tidak, ilmu kurang masuk, susah nak pokpek. Ini haa, jadilah perkara mengarut macam ni. Huuu. InsyaAllah, tak mengarut sangatlah kan lepas dah habis baca ni kan.

Alhamdulillah, aku berjayaaaa pergi tarawih berjalan kaki bersama Bonda tercinta malam tadi. Hm. ? Setelah beberapa hari tarawih dengan abang kat dalam bilik air-cond dan surah-surah lazim atas alasan yang sepatutnya tidak timbul tapi sengaja mahu ditimbulkan ! Sungguh, orang yang tidak istiqamah susah untuk berjaya ! Huuuu. Ok, semua pergi terawih , biasalah kan. Tapi ada suatu perkara dan pengajaran yang aku dapat terawih semalam.

Sumber Ihsan : Tumblurur.

Semasa solat Isya' berjemaah, aku sungguh tidak rasa khusyuk. Bukan kerana aku terasa bingit anak-anak yang terlebih glukosa itu, bukan juga kerana aku kepanasan, bukan kerana aku terasa mahu ehem ke apa-apa lah. Tapi kerana aku satu ruaaang yang sangat besaaaaar di sebelah aku. Masa nak ruku' rakaat pertama, aku baru perasan. Hm. Rakaat lain-lain lagi lah jadi tak khusyuk ! Ok, it was my fault. Sebelum solat, aku dah usha orang belakang dan beri hint, ' Hai, marilah duduk sebelah saya'. Tapi semua buat muka, 'Tapi saya tak kenal awak'. Hm. Tak lama lepas tu, datang seorang makcik mengambil tempat sebelah aku. Lega aku, aku terus angkat takbir dan solat dan kemudian jadilah hilang khusyuk aku tu. Tapi, lepas imam dah baca al-fatihah, makcik tu pergi saf depan untuk melengkapkan saf hadapan dan meninggalkan aku terkapai-kapai bersama ruangan kosong yang boleh memuatkan 3 orang. Hm. Dari rakaat pertama, otak aku ligat berfikir, "Ayo, imam kat mana eh?", "Aku kena gerak ke, makcik ni yang kena gerak", "Aku gerak ni, nanti makcik-makcik sebelah aku ikut tak?". Macam-macam aku fikir. Bukan perkara ni selalu terjadi masa solat kat Maahad ke? Kenapa aku jadi macam taktahu nak buat apa? Kenapa aku perlu banyak sangat berfikir? Gerak jelah. Tapi kenapa masih ragu-ragu? Malu dan segan. Bukan pada jemaah lain. Tapi kepada diri sendiri, ilmu yang aku pernah belajar, juga kepada Allah. Astaghfirullahaladzim. MALU !

I feel so bad that night. Yet, there is always space to learn. Well, fooling around is also part of learning.

Hm. Cerita tu, aku tamatkan di situ. Tapi apa yang aku belajar, kau tak boleh nak harapkan orang lain yang bertindak dulu sebelum kau. Sama jugak dalam dakwah, pemikiran biarkan ustaz dan ustazah lah yang buat, aku ni sekolah agama separuh je, jadi aku taktahu dan aku tak mahu buat sepatutnya kita atasi. Inilah jadinya, akhirnya tiada siapa yang bertindak sampai habis solat isya 4 rakaat tu !

Bahawasanya kemenangan Islam itu sudah tertulis, hanya tinggal kita "register" nama sahaja -Abdullah Ibnu Sirr.

Hm, suka juga aku mahu berkongsi video yang sangat-sangat membuka mata aku. Haha. Ada kaitan juga mengenai kisah di atas, cuma tak reti nak cakap. HAHA.



"The more knowledge (of Deen) you have, the more humble you should be. Instead, you are becoming judgmental.
( Br. Nouman Ali Khan )

Nota Kaki berbulu kaki berkudis : Hm, nampaknya aku sudah tidak pandai menulis dan mengarang. Huuu. Takpe, apa yang baik, jadikan pengajaran. Yang tidak, buang jauh-jauh. Ingat ! Fooling around is also a part of learning . You are young and you need to learn more !

2 comments:

atikah rahman said...

kenapa nota kaki rasa sangat menggelikan?
learn from ur surrounding - a part of learning too :)

Si Matahari said...

Tikah : itu speciality blog aku . Haha. lepas ni nak tukar nama blog Nota Kaki Berbulu Kaki Berkudis. Hahahahahaa. comel comel.