Friday, 26 August 2011

Tangisan Berlagu Pilu

27 Ramadan 1432H.

Okeh. Memang terasa mahu menangis semahu-mahunya membaca blog Inche Gabbana. Untuk kesekian kalinya, aku baru terasa Ramadan kali ini penuh bermakna biarpun masih belum layak menerima gred A+ dalam bulan akademik ni. Serius, aku baru rasa kehebatannya. Dan, aku baru terasa sangat teringin berjumpa Makcik Laila dan Pakcik Qadar itu. Sungguh, kalau masa-masa akhir Ramadan ni, terasa sangat teruja sebab Raya nak dekat, tapi kali ni aku tak rasa Raya ni best. Tacing lah ni. Ditambah-tambah dengan hingus yang deras mengalir dan tekak yang terasa sangat kering dan menunggu si Sleeping Beauty yang sudah janji mahu beriktikaf di masjid Shah Alam yang mana sudah lena tertidur. Tiba-tiba hilang mood nak bercakap.

Sedih bukan?

Bulan yang bila dibuat pahala sunat, diberi pahala wajib.
Bulan yang bila dibuat pahala wajib, diberi pahala 70 wajib !

"Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan". (HR Ibnu Khuzaimah)


Teringat UO baring-baring atas katil makcek Mus'ab tadi. Adakah kita telah mencapai misi puasa kita? Ataupun sudah lupa? Mari mengingat semula.

".....agar kamu menjadi orang bertaqwa". [ 2 : 183 ]

Tekan butang Refresh.

Agak-agak, selama 26 hari berpuasa ni, progres kita menjadi orang bertaqwa itu tercapai ke tak? Hahaha. Aku pun nak menangis okehh bila diingatkan balik benda ni. Awal puasa je ingat, akhir bulan Ramadan, raya je lah ceritanya.

Maka, sukanya aku mahu meng-share kuliah subuh Imam Muda Hassan yang comel yang telah berlangsung sebelum bulan Ramadan. Yang juga telah dikongsikan oleh Kak D dalam UO tadi.

Mengikut Saidina Ali R,  ciri-ciri orang bertaqwa ada EMPAT :

  1. Mempunyai perasaan takut kepada Allah
  2. Bersyukur dengan semua pemberian Allah biarpun sedikit
  3. Mengamalkan apa yang dipelajari dalam al-Quran
  4. Bersedia untuk hari akhirat 
Maka dan maka dan marker pen. Sudah tercapaikah misi puasa di bulan Ramadan ini buat kita ? Sudah bertaqwa-kah kita ni? Atau selama sebulan hanya dapat lapar dan dahaga itu sahaja? Aduhhh, lemah semangat den. Takpe-takpe, jangan putus asa. Masih ada baki 3 hari lagi untuk menjadikan Ramadan ini bermakna. Tiada istilah lambat bila nak buat kebaikan. Haha.

Jadi, peringatan yang sedikit itu dapat diamalkan dengan banyak sekali adalah lebih baik dari banyaaaaak sangat benda ilmu diberi tapi yang diamalkan sedikit. Haha. Berkata orang yang tak reti menulis dalam blog. 

Oh ya, nanti raya jangan lupa datang rumah. Aku tak balik kampung. First taim ni. Huu. Sedih lagi. Hilang mood raya walaupun dah gantung lampu-lampu lip lap dalam rumah ( ni pun first taim ). Datanglah, mari ada kuih raya best . (apa kaitan?)


Lagu penghibur di kala sepi.

Nota Kaki Pakai Stokin Berlubang : Bila tengah sedih, sebenarnya sangat banyak benda nak cerita. Lagi-lagi time sekarang macam ni. Tapi, memang hilang mood sangat-sangat. Bila membayangkan kekasih hati sudah mahu pergi. Mungkin jumpa lagi, mungkin tidak. Kalau Allah takdirkan aku tak sempat jumpa? Tak ke sedih aku sia-sia kan masa yang masih berbaki ini? Memang hilang sangat mood nak tulis, nak buat lawak, nak merepek. Apapun janji manusia itu sedikit pun aku tidak mahu percaya kerana aku tahu itu bakal mengecewakan. Maka, letaklah Allah sebagai matlamat kita untuk semua kerana Allah tidak pernah mengecewakan kita.


Kamon bebeh. Let time tells what you don't know now. 5 years from now. You'll be great and a good muslim ! InsyaAllah !

6 comments:

Wadi AR said...

meh akak raye umah ko leh x? btw, akk pon terase ramdhan sekarang. dandan pulak tgh demam. rse kejap je. akk raye ni tak rse ape pon :)

JHaZKiTaRo said...

salam ramadhan.. jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman saya mengembara di 46 buah negara .. :)

Fariz Danialz said...

ramadhan ni adalah satu permulaan, bukannya satu perakhiran.. jadi jika belum start lagi, apa salahnya start sekarang.. kan kan kan




nice... suka post dakwah cam ni...

AIN Jamungi said...

hehe. post kita kali ni lbih kurang :)

Anonymous said...

Semat lah, 2due buat post terus :) -mus'ab-

Si Matahari said...

Kak Wadi OO,
hahahaha. datanglaaaah rayaaa. Sangat menjemput. nanti boleh jumpa Hanzalah. hehe

Thanks yang lain.

Buat pemilik kereta Mus'ab dan Said, sila alihkan kenderaan anda di tempat yang tidak menganggu kerana kereta Saad(bakal) akan datang dengan gahnya untuk lalu. Haha. apa kaitan? Jom lah UO dan update blog biar semua sama. Ajak si Tam sekali. Hahaha