Sunday, 20 November 2011

Istiqamah untuk Berjaya


Hujan lebat dan guruh dan ditemani dengan lagu random kedai makan ni pasang .

"Awak apa ceritaaa ?! Sedih semacam je ni kenapa?"

"Huuu sediihhhhh laaaaahhh ! Dulu senang, sekarang susah. Menangis saya hari tu taaaau akk cakap macam tu".

"HAHA . Kadang-kadang tu kita tak boleh nak bandingkan masa lalu dengan sekarang, nanti jadi tak bersyukur kepada Allah atas apa yang Dia beri . Biarpun nampak hodoh je keadaan yang Dia bagi masa tu."

"Kita kena banding , kak . Supaya belajar dari kesilapan. Muhasabah kena selalu."


"Hm , teringat akak masa dulu. Ada seorang ustaz kata, masalah akak adalah akak ni terlalu banyak muhasabah."

"Ayo, centu pulak ?"

"Yelaah, muhasabah tu penting tapi jangan lah terlebih-lebih sampai takde action untuk maju kehadapan .Sikit-sikit teringat, banyak sangat fikir , satu benda pun tak jadi !"

"Aduhhh , saya baru rasa happy sebab dapat benda tu. Biar betul akak nak saya ajar orang lain?"

"Haih, betul lah. Sebab akak rasa awak layak laah, akak bagi jalan susah sikit. Setakat tempat jauhh, takkan orang macam awak nak merungut kutt?"

"Runguuut laaaah . Setiap hari tertanya benda sama. Bilaa lah masa aku nak berjaya macam akak-akak lain kalau keadaan aku macam ni . Selalu futur je ni."

"Awak takkan faham sesuatu benda tu, sehinggalah awak ajarkan benda tu pada orang lain. Macam orang kata, awak takkan paham nak jadi mak, sampai awak betul-betul dah ada anak. Teori tak memadai tanpa praktikal".

"Patutlah terasa macam kosong je otak ni".

"Ada pulak, kesian Umi awak ajar dan didik awak. Sebab awak tak praktikkan lah, ilmu tu hilang".

"Tapi akak, saya rasa macam tak layak nak ajar benda ni kat orang lain, keburukan saya terlalu banyak".

"Awak ni terlalu banyak masa."

"Ha?!"

"Banyak sangat masa nak fikirkan kelemahan awak tu. Bila awak dah sibukkan ajar orang benda ni, awak dah takde masa nak fikir kelemahan diri. Malah tanpa awak sangka, Allah menghilangkan kelemahan itu sedikit demi sedikit bila awak ajar benda ni".

"...."

"Kalau seorang yang berjawatan tinggi dalam parlimen boleh cakap, 'Ana sedih lah, ana ada 8 je kumpulan'. Kita ni?"

"............................"



"Awak nak benda baik ni, takpayah nak fikir banyak sangat, buat je. Benda lain akan datang kemudian".

Iya, mungkin ini masanya untuk menjadi penggerak . 

Untuk berjaya , tak memadai usaha sahaja tanpa istiqamah .

2 comments:

Noktah Hidup said...

:D... can you take me with you along the way...?

I am still searching as well...hmm

Matatahahari said...

Syima, kita kan sudah menjadi satu geng ? cehh, nak taknak, takleh lari lah dari tengok muka den sampai tahun 4. kita buat sehabis baik laaah =D dan semoga Allah melindungi kita untuk buat benda2 ni semua . cewahh.