Sunday, 27 November 2011

Pokok dan Angin .

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Pokok - MUH

------------------------------------------------------



Fooling around is also a part of Tarbiah. It is how you see things. 

Hidup ini, kalau kita tak tahu ke mana arah tuju
memang kita akan jadi manusia yang hilang
Tak tahu matlamat nak pergi mana, nak ikut jalan mana
malah lebih teruk, taktahu siapa diri anda itu.
Completely lost.   
Dunia ni, kalau kita terlalu bodoh sombong dan rasa diri dah tahu semua benda. 
Terasa macam apa kita buat adalah betul tanpa bertanya, mendengar apa yang orang lain kata.
Anda memang akan lost. Completely.
Anda carilah pelbagai alasan takmahu dengar kebenaran hakikat siapa diri anda, kenapa anda dihidupkan. Anda pekakkan telinga
anda tutupkan mata
anda bisukan mulut anda. 
Tapi anda lupa, larilah anda ke kutub selatan mahupun barat daya, ke planet Pluto,
anda tetap akan kembali kepada Dia. 
Sama sahaja. 
Kita akan pulang. 
Cuma yang bezanya kita antara orang lain, keadaan kita pulang pada-Nya kelak.
Baik atau buruk. 
Husnul khatimah atau Su'ul khatimah?


Live hell or live well. You choose.

Ambillah masa untuk diri anda berfikir secara dalam.
Siapa anda?
Seorang doktor? Seorang engineer? Seorang guru?
Siapa anda sebenarnya?
Seorang pelajar? Seorang anak? Seorang ayah?
Siapa benar-benar anda ini?
Secara teori, anda paham. Praktikal tiada. Tak berguna.
Who are you to Him?
Menyusur di kaki lima dan berfikir lah. 

Apa dalam anda jika bukan hati,
Apa dalam hati jika bukan iman,
Apa dalam iman jika tiada Tuhan?

Jika ada angin goncangkan si pokok,
beruntung bukan, kalau akar si pokok itu kuat pengangannya pada bumi ?
Supaya ia tidak mudah tumbang?
yang memberi sumber air buat si pokok walaupun tiada manusia yang menjaganya.
yang memberi sumber manusia bernafas setiap detik setiap masa tanpa henti
sehingga badan ditakdirkan untuk berhenti oleh-Nya
itu semua kerja Tuhan.
yang kadangkala kita letakkan Dia bila ada masalah sahaja.

Wahai yang menyahut tugasan Tuhan,
Wahai yang menyambung kerja pesuruhNya,
Jika burung itu pun diduga untuk patah sayapnya,
Anda? 
Jika anda patah hati kerana membuat kerja ini, 
Itu telah diduga juga.
Tapi anda percaya bukan, Dia masih ada dan tetap ada.
Susah senang , Dia lihat.
Dia mengira setiap titis air mata yang jatuh.
Dia lihat setiap usaha kecil kita tu.
Yakin. Dia sudah janji. Yakin. Tiada apa yang dapat hilangkan semangat anda.

Dan yang masih belum melakukan kerja ini.
Ini bukan fardhu kifayah.
Ini fardhu ain.
Tak percaya?
Terserah atas pilihan anda.


Cuba anda tanya orang lain. Selesai ?

Nota kakikujajariri :  Pokok itu Iman. Angin itu dugaan. Tapi "Kau masih ada".

2 comments:

s.a.y.d.a.t.u.L said...

assalammualaikum zetty =)
lame k.fida x sembang dgn zety kan? tjumpe kt sni...hehe
blog zety hijau...ingt frogy?
feel free nt jemput singgh blog k.fida yg blum ade sethun jagung lgi pn.. http://cik-sweetie.blogspot.com/

Matatahahari said...

waalaikumusalam kak fidaaa ~
hee. slalu je nampak akk kat fb tapi tu lah . tunggu kak fida tegur dulu . kahkah.
haha. mesti a ingaat ~
insyaAllah . semoga setiap apa yg ditulis itu menjadi tarbiah utk kita =D