Saturday, 10 May 2014

Quitter bukan Twitter

Hari ini aku mencatat sejarah dengan menyertai larian amal yang dianjurkan oleh pelajar Audiologi UKM. Haha. kfoine. Selama ni punya berlambaklah program gini tapi tak pernah nak join sebab rasa macam ergh malas la. Aku dah cukup berat dah untuk berlari dsb. Tapi sejak duduk Ipoh dan tinggal dengan Kakaf dan dapat nasihat secara brutal untuk jadi lebih sihat, maka muncullah kesedaran yang selama ni duk simpan entah mana dalam diri. Padahal diri student Dietetik, dah tahun 3 dah. Dah nak masuk tahun akhir dah puun. Kami dari first year duk belajar, to have a healthy lifestyle by taking care of your food intake and do some physical activity. Tapi entahlah kenapa, atas desakan masa sebelum ni, berkejar buat esaimen, buat ni buat tu. Ceh, padahal semua tu alasan semataaa lah. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih! You'll see, its different when you understand something using your brain and your heart. Fikrah gitu. Kalau kome duk hapal untuk hekzem, memang kome cemerlang terbilang berbintang dalam hekzem. Tapi bila 2 bulan lepas tu tanya balik, haprak satu tarak ingat.

Bila kita faham sesuatu, kena selalu faham sungguh-sungguh, memaknai makna, kenapa gitu, mekanisme sesuatu, cerita sesuatu dan yang paling penting adalah bila kome dapat relate dengan diri kome. Sebab, bila kita guna kaedah mengaitkan diri (bukan kait baju sejuk ok), kita akan lebih merasai dengan hati dan faham dengan sungguh-sungguhnya.

Samalah jugak bila kita baca al-Quran, tak cukup dengan baca ayat tanpa makna terjemahannya. Namun tak cukup juga dengan baca terjemahan, tanpa ada kefahaman dan futher explanation of that ayat. Oleh itu, bila kita rasa nak tau sesangat pasal satu ayat al-Quran, further study of asbab nuzul, the relation of the ayat towards the nation at that time dan sebagainya membuatkan kita lebih faham struktur ayat yang telah Allah susunkan secara unik. So lebih kefahaman, akan membuatkan kita nampak apa sebenarnya makna yang Allah nak kita faham. By the way, pilihan perkataan dalam setiap ayat al-Quran is not random. Ada sebab kenapa sesuatu perkataan dipilih bukan perkataan gitu. Ahhh gituuu. Btw jugak, sesiapa rasa nak belajar faham linguistik bahasa al-Quran, boleh lah cecuba cari Ustaz Nouman Ali Khan. Free and easy. Nak taknak je haha.

Dapat medal. Haha. Padahal orang yang ke-456 pun dapat gok.

Ok, aku rasa panjang dah mukadimah. Padahal sebenarnya aku nak cerita aku masuk larian ni. Jadi, aku masuk disebabkan kesedaran ingin memberi hak yang sepatutnya kepada badan aku setelah selama ni aku memenjarakan badan ini dengan kemalasan dan membina lemak malas. Haha. Oleh itu, aku menandatangani borang perjanjian untuk menyertai program ni dengan mengatakan aku akan habiskan 2 round pusingan Tasik Titiwangsa. Tapi 2-3 hari sebelum, dah niat taknak lari dan nak habiskan 1 round je. Haha. Pe tah aku kan.

Jadi, berlarilah kami (adalah dalam 15% AKHIRNYA berlari, selebihnya berjalan). Masa nak sampai pintu pagar Kolej kediaman, memang kami dah niat nak balik lah. Give up, erm. Bukan, tapi malas kot. Haha. Tapi masa nak menuju ke pintu nak balik, kami tengok takde pun orang balik, malah ramai yang masih meneruskan perjalanan untuk berlari/berjalan 1-2 round lagi. Oleh itu, dengan itu kami terpaksa juga meneruskan perjalanan. Hm.

Penerusan larian lagi 1 round mengingatkan aku dengan perbincangan Usrah Ohana di meja petak depan TV besar kat rumah minggu lepas.

Kata Nal, "The good choice is when you don't have any".

Aku macam, dahhh kenapa pulak. Kalau takde pilihan dalam hidup, baik takpayah dah buat pemilihan. Sambung abang kepada 4 orang adik yang berjaya, walaupun dia claim dia dapat didik adik dia berdikari dengan kaedah membuli(?),

"Sebab bila kita banyak sangat pilihan, kita senang nak buat salah pilihan. Contoh macam situasi anak orang kaya nak quit dari kerja yang sekarang dia buat sebab dia tak suka dengan kerja dia, dia boleh je senang nak quit sebab dia ada mak bapak dia yang boleh support dia."

Teringat kalau soalan MCQ kan, kalau ada 5 pilihan, tendency nak salah lagi banyak berbanding soalan yang ada 2 je pilihan. But believe me, manade soalan 2 pilihan jawapan je dalam ekzem duniaaaa niiii. Sambungnya lagi,

"Cuba kalau orang tu orang yang tak kaya, yang kena support anak bini makan sekolah semua, rasa-rasa dia nak quit tak kerja dia? Walaupun dia kerja tukang sapu sampah kat sekolah je. Dia ada pilihan lain tak selain teruskan jugak?"

Yup. The only best decision is when there is no other choices except to move on.

Sebab dalam kehidupan kita ada banyak benda yang kita lalui dan kita akan rasai banyak perkara best dan tak best. Dan bila hadapi perkara tak best dalam kehidupan, memang kita rasa nak lari dan dah taknak siksa jiwa raga kita dengan perkara tu lagi. Give up pun give up lah, yang penting kita nak rasa gembira dengan hidup bebas dengan benda yang kita tak suka.

"Ok fine, bila kita quit, kita akan rasa gembira. Tapi berapa lama perasaan gembira tu akan kekal? Dan what makes us assured that the decision to quit and taking something else will make our life easier?", tambah Yah, kakak aku yang aku tak rasa nak panggil akak selain bila aku nak barang je. Haha.

Tambah Yah lagi,

"Cuba bayangkan kalau kita dah kahwin dengan seorang lelaki yang kita pilih, dan bila ada masalah sikit takkan terus kita nak cerai tanpa usaha untuk atasi?"

Hm. Tapi bila tengok balik, ramai je yang bercerai dan senang je nak pisah walaupun baru 2-3 tahun berkahwin. I guess it quite relates with kemodenan cara hidup kita. Sekarang ni zaman serba moden dan banyak teknologi boleh guna, bila tak puas hati dengan asben/wifey terus tulis kat fb, twitter, insta tanpa sebenarnya berbincang, re-counsel balik apa yang kurang, apa yang perlu diperbaiki. Btw, sebab tu penting jangan kahwin sebab cinta wakakaka. Because feelings is soooo temporary. Kena ada target dan sebab nak kahwin and the best reason is because of Allah. Haa. Kenapa? Because when we put on target because of Him, susah mana pun jalan yang kita hadapi, kita kena jugak teruskan sebab yang penting redha Allah tu. Redha Allah mana datang pada orang yang membuat keputusan tidak matang dengan quit melalui penceraian?

Cakap macam orang dah kahwin. Ceits.

"Kita kena ingat, bila kita buat pemilihan untuk quit, kita kena ingat balik yang kita sendiri yang pilih jalan ni sebelum tu. Kita sendiri fikir, isi borang, isi nama kita on that thing".

We put an honour to ourself by making that decision. Oleh itu, kita jangan lupa yang setiap pilihan yang kita dah buat adalah satu tanggungjawab dan bukan sekadar nak pilih sesuka. Dan bila aku dah pilih untuk berlari 2 round, maka aku perlu terus berlari. Haha.

"The quitter never wins."

Oleh itu panjang lebar cerita aku tapi isi tak banyak pun. Mengagarut. Pentinglah sangat bila kita decide untuk give up on something yang SEDANG kita buat, kita kena ingat semua ni balik. Kita kena ingat, jangan disebabkan 30% benda yang tak best dengan kerja kita, lagi 70% yang best kita abaikan. Jangan buat keputusan terburu-buru dan jangan keputusan tidak matang. Kita kena ingat, we put that agreement at the first place to commit on that, so tanggungjawab untuk habiskan dan teruskan perlu ada.

Walaupun tak suka, itu mungkin apa yang Allah nak didik. Because He knows that, we tend to learn more in a hard way meanwhile when we get something easily we tend to take things for granted. Jadi, dengan kesusahan ni pasti ada suatu perkara yang Dia nak kita belajar. Dia uji ikut kemampuan kita. Bukan kemampuan serta potensi yang ada pada orang lain. Dan Dia akan nilai mengikut kemampuan yang kita ada. Daripada kita terus membenci sesuatu perkara, belajarlah untuk suka. Daripada terus istikharah ditunjukkan jalan untuk keluar, buatlah solat hajat untuk mencintai perkara yang dilakukan.

Ayat pelangi yang populer :)

Nasib baik kan dalam kehidupan kita ni ada dua je pilihan. Kau nak syurga ke neraka? Dah terang mana baik dan mana buruk. Yang hitam dan yang putih. Tapi pilihan nilah sumpah susah gila nak buat. Kenapa? Sebab bila kita dah decide nak masuk syurga (btw, orang jahat pun taknak masuk neraka, kita apatah lagi), muncullah kawan bertanduk dua itu untuk mengkelabukan keadaan. Yang menyebabkan kita takmampu nak buat pilihan bijak antara hitam atau putih dalam setiap siri kehidupan yang kita hadapi. Hatta, sekecil perkara macam nak terus tidur lepas subuh atau baca mathurat dan buat hafazan. Kan. Gituu.

Allah dah siapkan potensi dan kekuatan serta kemampuan. Tinggal kita je nak buat pilihan untuk salurkan potensi tu ke arah mana. Samada jalan ketaqwaan atau jalan kefasiqan? You choose.



Cakap senang bhai tapi masa nak buat keputusan dalam hidup perghlaweh bukan main payah, dan kita tak sangka kita tend untuk pilih buat benda tak baik berbanding benda baik. Kan. Sebab dalam al-Quran pun mention, kita lagi cenderung buat benda tak elok.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya." [al-Mai'dah : 100]

Untuk tidak membuat keputusan yang tak matang, kita banyak kena lalui pengalaman yang berbeza-beza dan kena ada perlatihan dari sekarang. Macam kalau kau nak masuk syurga, kau takleh time nak sakaratul maut tetiba kau boleh nak mengucap syahadah dengan senang kalau kau masa hidup tau berjimba duk dak duk dak. Kalau nak pilih nak jadi ahli syurga, kena berlatih banyakkan buat amal kebaikanlah. Gittew. Jadi konklusinya, bukan masalahnya nak buat pilihan. Tapi masalahnya bila kita buat pilihan sebab escapisme, nak larikan diri dari masalah je. Itu yang masalahnya. 

Point tak banyak, tapi aku harap dapat menyentuh 2-3 ketul dengan 1-2 ayat aku pun takpelah. Sampaikan walau satu ayat, kata Rasulullah kan.

Oldabest, sekian wasalam,
SOfia OSem.

1 comment:

FDanialz said...

"The winner never lose as long as he/she doesn't quit.."


well, mudah nak berkata2 sebeblum kita hadapi situasi begitu..

kutip la pengalaman sebanyak mungkin waktu muda ni.. ia dapat mematangkan diri kita dalam membuat desicion..